Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 7 Februari 2009

Diari - Sehari di Taman Syurga, bertadabbur dan bertafakkur

Salam semua,

Pagi tadi sempat beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Walau dah 3 tahun lebih duduk di Shah Alam dan beriadah di sana, baru tadi dapat merakamkan gambar2 menarik di sana. Apa yang baiknya, di celah-celah kesibukan bandaraya Shah Alam dan celahan bangunan-bangunan tinggi, terdapat sebuah 'Taman Syurga' yang penuh dengan keindahan alam semulajadi, menyebabkan kita sentiasa berfikir mengenai Kebesaran Ilahi.

Banyak tempat menarik dan indah di sini. Taman ini terletak berhampiran dengan Masjid Negeri, Perpustakaan Negeri dan Muzium Negeri. Banyak pemandangan indah yang boleh dinikmati di sini yang memberi terapi kepada mata. Pohon-pohon merimbun meningkatkan lebih banyak pengeluaran oksigen yang memberi terapi kepada otak. Banyak juga peralatan senaman yang dapat memberi terapi pada fizikal. Paling menarik laluan refleksiologinya, yang selesa dan luas.

Tahniah kepada MBSA yang berjaya menyenggara taman ini dengan landskap yang menarik dan mengekalkan keindahannya. Tak rugi pergi beb! Mana tau, satu hari nanti, bolehlah rancang pertemuan dengan rakan2 blogger kat sini.. Amacam?

Laluan refleksiologi yang dibina untuk orang awam .

Terdapat laluan khusus untuk warga tua.

Dan laluan refleksiologi khusus untuk yang bermasalah khusus.

Pepatung ini pun nampak seronok menikmati keindahan alam di taman ini. Tak sedar saya merakamkan aksinya.

Ada yang datang untuk baca paper.. maybe sebab dapat suasananya penuh ketenangan..

Seorang lagi pengunjung, membaca suratkhabar dengan gaya tersendiri. Macam syok jer..
Ramai yang ambil peluang untuk bersiar-siar dengan keluarga. Aktiviti yang bagus. Beriadah sambil bermesra bersama keluarga.
Ustaz ni pun beriadah sambil melayan anak-anak.

Makcik ni bertaichi sambil berjalan. Penat kami cuba tiru gaya taichi dia, tapi gagal..

Kedai kopi yang berada di dalam taman tasik untuk berehat dan membasahkan tekak setelah selesai beriadah.

Terdapat dua kedai kopi seperti ini di dalam taman ini.

Pekerja- pekerja taman sedang membersihkan tandas awam.

Antara pemandangan menarik yang dapat saya rakamkan dari arah hadapan kedai kopi. Kelihatan jelas menara masjid negara yang terletak berhampiran dengan taman tasik.

Taman ini dipenuhi dengan pohon-pohon hijau yang merimbun membangkitkan rasa tenang dan nyaman. Bagus untuk terapi otak.
Subhanallah! Cantik kan? Antara panorama menarik di taman ini.

My favorite pic.. The State Mosque.. Subhanallah..

Subhanallah.. Macam dalam frame ajer..

Siapa sangka, di celah-celah bangunan konkrit ini, ada sebuah taman syurga yang cantik..

Banyak kerusi-kerusi disediakan di sekeliling taman untuk pengunjung.

Sapa kata kuali bocor tak leh guna? Contohi cara MBSA. Guna untuk tanam bunga..

Subhanallah.. Cantik!! koleksi bunga raya yang cantik2 di taman syurga ini..

Bunga Raya berdaun merah. First time jumpa..

Bunga kebangsaan Negara..

Merah tanda berani.. Cantik!

Warna pink pun ada..
Di celah sinar mentari, kau tetap mekar berseri, wahai bunga raya.. Yang ini mix kot, sebab tu ada macam2 kaler..

Antara fasiliti yang disediakan oleh pihak MBSA untuk pengunjung taman ini.

Satu lagi kemudahan yang disediakan.

Kaylah.. U all layanlah gambar2 menarik tu.. Sapa yang ada family, boleh bawa anak-anak ke mari. Ada Wet World. Sampai jumpa lagi.. :)

4 ulasan:

KakChik berkata...

Seronoknya dapat beriadah di taman yang indah. Kalau kat KB ni KakChik kena pergi ke Taman Perbendaharaan Tg. Anis, agak jauh dari rumah. Sebab tu KakChik memilih utk bersenamrobik aje di gim atau di rumah. Tapi kalau sekali-sekala tu memang best dapat bersiar-siar di taman, sejuk, nyaman, bunyi unggas dll.

leenoh berkata...

Rupanya pandai juga dia ambil gambar.segak macam tuannya juga. he he he bergurau ye, utk menceriakan lagi skrin ini.
selalu juga Pak Ngah lalu dekat tu tapi tidak pernah singgah. Pasar Asnaf tidak jauh dari situ, kalau di pasar tu selalulah pergi.
Baik juga syur Hani tu.
Wassalam.

nurhanisalwa berkata...

Kak Chik,

Tak kisah beriadah kat mana2 pun kak Chik, asal dapat bagi terapi pada minda dan tubuh badan..

nurhanisalwa berkata...

Pak Ngah,

TQ atas komen Pak Ngah tu. Saya guna kamera hp ajer. Senang bawak mana2. 2m.pixel ajer. Insyaallah, ada masa boleh jumpa. Kat Pasar Asnaf pun ok! Hehehe..