Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 1 Mei 2010

Diari - Best!!


Salam semua,

Semalam, pada sebelah pagi, saya dan beberapa kakitangan MAIS menghadiri ceramah agama di masjid negeri bertajuk " Nikah Sindiket" anjuran Bahagian Perundangan Keluarga JAIS. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Aluwi Parman, Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor. Saat saya mencari-cari tempat duduk untuk menikmati sarapan yang disediakan, Hj Aluwi menegur saya,

"Hani. Meh la duduk sini dengan aku," katanya ramah. Saya melihat ada empat orang lain, termasuk Ustazah Salwana berada di meja makan yang sama.

"Tak apa lah Ustaz. Segan pulak. Lagipun Ustaz dah nak habis makan, nanti lambat pulak nak tunggu saya," jawab saya.

"Tak apa.. aku tunggu. Lama aku tak jumpa ko ni," balasnya, menyebabkan saya tergelak kecil.

"Meh la Hani," ajak pula Ustazah Salwana.

Malu pulak dikata menolak ajakan orang, saya pun menyertai mereka di meja tersebut.

"Hah! Bila aku nak dapat jemputan ko ni Hani?" tanya Ustaz Aluwi saat saya mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Alamak! Staright forwardnya soklan Ustaz tu.. Ni yang maleh nak dok sini tadi.." pantas saya menjawab sambil tersenyum.

"Laahhh.. Biasalah soalan ni.. Aku tunggu-tunggu juga kad, tapi tak ada pulak." balasnya.

"Hehehe... Ustaz doakan ajelah," balas saya tergelak-gelak dan nak cover malu, sebab ada dua orang pakcik lagi makan sama dengan kitorang, termasuk sorang kakitangan lelaki Bahagian Perundangan Keluarga.

"Sebab aku dah selalu sangat doakanlah, tu pasal aku tanya ni," katanya lagi.

"Haha.. susahlah nak jawab Ustaz. Insyaallah, ada la nanti," jawab saya lagi, cuba mengelak persoalan tersebut diulang-ulang.

Selesai bersarapan, ceramah bermula. Memang seronok mendengar celoteh Ustaz Aluwi yang sentiasa menyelitkan lelucon sepanjang ceramahnya. Memang kami tak kering gusi.

Sedang saya syok mendengar ceramah yang disampaikan, satu sms sampai di telefon saya,

"Boss. Ada kat mana? Kami otw ni. Nak ambik kat mana? "Fahimi".

Saya maklum bahawa saya perlu ke Mahkamah Syariah untuk membaca wakalah.

"Ambil saya di pintu Di Raja, yang ada lif," saya membalas sms dan terus bergerak keluar.

Hari ini kami membaca wakalah di Mahkamah Rendah Syariah di Bangunan UMNO Shah ALam. Kebiasaannya di Mahkamah Tinggi, tetapi sebab semua pendaftar dan penolong pendaftar terlibat dengan ISO, jadi tidak ada pegawai yang dapat mengendalikan majlis bacaan wakalah tersebut.

Habis proses wakalah, saya kembali semula ke Masjid Negeri. Tetapi ceramah sudah habis. Saya berjalan-jalan di sekitar ruang perniagaan di masjid negeri. Berkenan dengan dua helai tudung yang cantik, saya terus menawar dan membeli. Sempat saya berkata kepada kakak yang menjual tudung berkenaan,

"Besar pahala akak jual tudung kan? Menggalakkan orang pakai tudung dan tutup aurat," kata saya.

"Alhamdulilah... " jawab kakak penjual tudung sambil tersipu-sipu malu.

"Adik yang pakai pun dapat pahala jugak," jawabnya.

"Ha ah! Betul tu." jawab saya mengiyakan. Saya membayar RM90 untuk dua helai tudung yang saya beli, dan meminjamkan beberapa ringgit lagi kepada rakan-rakan yang tak membawa duit.

Semasa waktu rehat, saya mengajak kakitangan MAIS untuk menimbang berat badan secara percuma, untuk mengetahui berapa jumlah kalori yang diperlukan dalam badan masing-masing . Kebanyakkannya kelihatan agak risau dengan berat badan yang semakin meningkat. Masing-masing cuba mendapatkan informasi untuk menurunkan berat badan daripada teman-teman saya yang hadir untuk memberikan penerangan. Yang paling best, saya pun turut menimbang dan...

Macam tak percaya bila tengok timbangan terkini yang dibuat...

"Yezza!!!! Turun 3.2kg dalam masa sebulan!!! Yesss!!! Yearrrghhh!!!"

Bestnyer!! Tak sia-sia naik tangga 8-11 tingkat setiap hari. Main badminton setiap hari rabu. Beriadah di Tasik Shah Alam setiap hujung minggu, kurangkan makanan berasaskan karbohidrat, banyakkan makanan protein... woooohooo..seronok sangat! Best sangat!

Yang tambah best, ramai kawan-kawan lain yang nak ikut berdiet macam saya. Masing-masing nak jadi lebih sihat dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Masing-masing sayangkan jantung dan kesihatan diri. Pagi tadi saya mengajak Shafinas, seorang pegawai di Bahagian Pengurusan MAIS, untuk sama-sama beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Kami bersenamrobik di bawah guru bimbingan, then belajar line dancing, berpeluh-peluh, and memang best!

And, yang paling best, bila saya dapat tahu, saya turun 3.2kg, dan pada masa yang sama, saya dapat rezeki tak diduga satu hari RM1,000-00!! Whooaaa!! Its' really double my happiness..

Memang tak percaya, tapi alhamdulilah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..: Terima kasih sangat-sangat.. :) Luv you sangat-sangat.. :)


"Cintai Allah"
Nurhani
Tasik Shah Alam

2 ulasan:

Guru berkata...

bestnya turun bera badan
akak ni asik ke naik je

Hunny berkata...

Salam sis,

Mesti boleh turun punya... kena cuba.. hehehe.. :)