Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 26 Mei 2010

Diari -Mengapa aku diuji?


Salam semua,

Kita sering bertanya mengapa kita sering diuji. Mengapa bukan orang lain? Mengapa rasa kecewa dan sedih? Dan pelbagai persoalan yang berlegar di benak otak kita apabila kita diuji. Akhirnya, saya temui jawapannya dalam satu email di dalam inbox saya. Rupanya jawapan-jawapannya semua sudah ada jawapannya di dalam perlembagaan umat Islam iaitu Al-Quran.

KITA BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12


Nota: Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin. Sila sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran. Semoga kita semua lebih tabah menghadapi ujian Allah. Aminn..:)


"Berpesan-pesan"

Nurhani

Shah Alam

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Entri yang sangat baik dan suatu peringatan ulangan.

Sebenarnya setiap detik dan saat sememangnya kita diuji Allah, cuma yang menjadi bahan perbualan dan perbincangan umum ialah ujian yang pakejnya besar dan sukar.

Apa pun ujian itu diuji kepada mereka yang terpilih, rasanya setiap orang sentiasa berdoa agar tidak mendapat ujian atau dibebankan dengan ujian yang berat seperti dialami oleh mereka yang terdahulu. Allah juga menyarankan hamba-Nya supaya memohon agar diringankan ujian di dunia ini.

Mereka yang terpilih biasanya menghadapi ujian yang berat seperti yang tercatat di dalam sejarah Islam nama-nama yang agung yang telah diketahui umum mereka menghadapi ujian yang sangat sukar dan perit. Mereka ini benar-benar merasai dunia ini tiada harganya, mereka tidak menyintai dunia, iman mereka sangat mantap dan kukuh sehingga dapat beristiqamah mencintai akhirat.

Siapakah kita sebenarnya berbanding dengan mereka.Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa dua ibu bapaku serta dosa sekalian orang mukmin.amin.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Terima kasih atas komen Pak Ngah ni.. Semua manusia tak lepas dari ujian Allah.. Itu hakikat yang perlu manusia terima dan redha..