Aku terbaca kes rogol di Kelantan yang ditulis oleh blogger Mazidul Akmal Sidek untuk disiarkan dalam 999. Korang boleh baca sendiri kat blog beliau. Beristighfar panjang aku dibuatnya. Boleh pulak mak bapak selamba bila anak kena rogol, siap budak laki yang rogol anak dia dan buntingkan anak dia boleh dok serumah dengan diorang. Giler ker hapa.. Baik kawinkan ajer makcik daripada diorang buat dosa!!!
Anak umur 10 tahun kena rogol, yang umur 14 tahun dah ada love bites, tak malu pulak mengaku boifren dia yang buat love bites tu.. Yang umur 16 tahun mengandung kerana bersekedudukan dengan boifren. Masyaallah! Seram sejuk, ngeri aku baca weh! Sekarang anak-anak gadis dan teruna buat maksiat secara terang-terangan. Tak malu langsung!!! Lagi teruk, mak ayah boleh biarkan ajerr.. Adusss!!!
Kalau dulu, memang MALU la mak ayah yang anak dia dah bunting sebelum nikah. MALUUU!!! Siap kena buang keluarga lagi. Sekarang???
Aku takut. Serius aku takut. Aku takut membayangkan 10 tahun lagi macam mana agaknya perbuatan maksiat yang dibuat, bila MALU dan IMAN sudah tidak ada....
Kepada ibu bapa, awasi anak-anak anda. Jangan sampai anak kita jadi perogol atau jadi mangsa rogol. Kenalpasti siapa kawan-kawan anak-anak kita, dan dengan siapa mereka keluar atau melepak, kerana kebanyakan perogol adalah orang yang dikenali. Sentiasa berhubung dengan anak masing-masing. Macam mana agaknya perasaan kita kalau suatu hari kita terima berita anak kita jadi perogol atau dirogol? Nauzubillah..
Kepada anak-anak gadis dan wanita-wanita Islam, jagalah auratmu dengan sempurna. Pakailah seperti mana yang dituntut oleh Islam. Jangan berpakaian yang boleh membangkitkan nafsu lelaki; ketat, sendat, padat, jarang, terbelah sana-sini, ikut bentuk badan, etc. Tegur-menegurlah sesama kita, kalau ada di kalangan kawan-kawan kita yang berpakaian menjolok mata. Ganjaran besar menantimu, jika menegur untuk selamatkan kawan-kawan sejenis dengan kita, dari pandangan mata lelaki ajnabi.
Kepada lelaki-lelaki Islam, tundukkan pandanganmu. Bagi yang mampu dan jatuh hukum wajib untuk berkahwin, berkahwinlah. Pada yang belum mampu tetapi mempunyai keinginan kepada wanita, berpuasalah, seperti mana pesanan Rasulullah SAW, kerana sesungguhnya puasa itu boleh mengekang nafsumu.
Hanya pesanan ini yang mampu aku titipkan sebagai peringatan buat saudara-saudaraku. Aku turut berdoa pada Allah, semoga Allah terus menghidayahkan aku, keluarga aku dan semua saudara-saudara seislamku, petunjuk dan kekuatan iman, supaya kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan.
"Mengharap Petunjuk Ilahi"
Nurhani
Shah Alam