Semalam tak dapat nak menulis sebarang entri, kerana terlalu sibuk, terlalu letih dan line tak ok. Cuma sempat juga tengok dan balas komen rakan-rakan. Dek kerana jadual yang padat, sepanjang hari saya risau memikirkan dua pembentangan yang perlu saya buat minggu

Anyway, bercakap mengenai masa, kalau tanya pada manusia, mesti tak cukup. Ini kerana, ada


Untuk makluman sahabat-sahabat, saya mengakui, saya bukanlah orang yang pandai mengurus masa, tetapi saya sentiasa cuba untuk menjadi pengurus masa yang baik. Dulu, semasa remaja, saya sangat suka menonton filem dan drama TV, sampai larut2 malam ( jam 2-3 pagi). Sekarang, saya lebih suka menonton program yang berinformasi seperti Buletin Utama, 360, 999 dan Majalah 3. Dalam erti kata lain, pada saya, menonton TV tidak salah, tetapi tengoklah apa program apa yang ditonton. Jika menonton berita yang bemanfaat dan boleh disampaikan kepada masyarakat. Mendengar muzik, melayari web, membaca buku, semuanya tidak salah, asalkan tidak melalaikan dan memberi manfaat kepada kita. Kalau bekerja pula, if kita buat dengan ikhlas, akan dikira sebagai ibadah sepanjang kita bekerja. Allah itu memang Maha Pengasih dan Penyayang. Kita cakap perkataan yang baik-baik, mesra dengan mak ayah dan adik beradik, jauhkan larangan Allah, buat suruhan Allah, amalkan Sunnah Rasulullah, semuanya dituliskan pahala bagi kita. Pendek kata, sepanjang masa kita gunakan untuk perkara-perkara yang baik dan mendapat pahala.
