Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 2 Januari 2009

Diari 14 - Review of Laws


Salam semua,


Hari ini hari terakhir Bahagian Undang-Undang MAIS di Melaka, bandaraya bersejarah. Sejak 29 Disember 2008, sempena tahun baru Hijrah 1430, kami berkumpul di untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti bahagian Undang-Undang MAIS untuk sepanjang tahun 2009.

Selama tiga hari berkumpul, banyak perkara dan isu perundangan yang dibincangkan. Semua aktiviti yang dirancang dan disasarkan dengan objektif untuk memperkasa perundangan MAIS sama ada sivil atau syariah. Banyak undang-undang yang perlu disemak semula (review of laws) seiring dengan perubahan masa dan keadaan. Tidak dinafikan, suasana politik semasa juga menjadi faktor kepada perubahan polisi sesuatu kawasan yang mendorong kepada penggubalan undang-undang yang baru. Ini selaras dengan satu kaedah fiqh, La tankiru, taghayyirul ahkam bi taghayyirul azman. Maksudnya, tidak dinafikan, berubah undang-undang itu seiring dengan perubahan masa.

Insyaallah, semoga setiap detik masa yang dihabiskan, idea yang dicurahkan dan tenaga yang disumbangkan oleh pihak kami dapat membantu memperkasa undang-undang MAIS, demi kemaslahatan semua umat Islam di negeri Selangor.

Gambar-gambar menarik sepanjang program Sasaran kerja Tahunan dan Mesyuarat Bahagian Undang-Undang MAIS 29 – 31 Disember 2008

Sama-sama memberi idea terbaik untuk memperkasa undang-undang MAIS

Team lelaki tak kurang hebatnya. Bertumbuh janggut nak memikir!

Pening kepala memikirkan strategi terbaik. Penggabungan otak perlu dilakukan. Seorang guna otak kanan dan seorang lagi guna otak kiri.

Walaupun dah letih, masing-masing tetap senyum and control macho..

Peguam Syarie MAIS, sempat melayan panggilan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat guaman syarie.

Bilalah boss aku nak berenti ni...

Commercial Break – Iklan telefon Nokia..

Dah lapar, so, kita minummm duluuu...

Gambar pose burung merpati yang sempat dirakamkan

Bergambar kenangan di lokasi program sebelum bertolak pulang ke Selangor.

Pusat Penerangan Pelancongan Melaka.

Berjalan-jalan di sekitar Banda Hilir, Melaka sebelum bertolak pulang.

Menara Taming Sari, mercu tanda di tengah-tengah Banda Hilir

The sky is no limit. U can touch it with your head.

Salah satu penerangan bertulis yang terdapat di dalam Muzium Samudera adalah mengenai sistem perundangan di Melaka yang berdasarkan kepada Undang-Undang Islam.

Model kapal Portugis yang terdapat di dalam Muzium Samudera.

Aksi Titanic versi Islam.

Mengimbau zaman Melaka dijajah Portugis.

Di hadapan Muzium Samudera yang berbentuk kapal Portugis.

Sebuah gedung beli-belah yang menggunakan “Keluargaku” sebagai nama gedung tersebut. Tahniah kepada kerajaan Melaka. Semoga dapat dikekalkan dan dicontohi oleh negeri lain.

Eye On Malaysia yang kini berada di Melaka.

4 ulasan:

Azri berkata...

Ustazah. Ana terpanggil untuk beri sikit komen. Ana tak berkerja dengan jab kerajaan . Tapi yang ana tau memang le budaya org gomen buat in house meeting di luar pejabat. Ini melibatkan unnecessary kos. Ana rasa macam Mais ni bukan generate income. Jadi kos ini sumua adalah dari duit orang ramai. Perhaps duit zakat juge ?. Ala, bukan nye mahal sanagt meeting kat melaka tu tapi ni bukan nya pasal duit tapi tentang adakah kita amanah mengunnakan duit orang ramai, lebih lebih lagi satu jabatan bersangkut paut dgn agama. Ada ustaz ustaz berceramah tanya adakah kita amanah bawa balik pen dan kertas pejabat untuk pakai anak anak di rumah. Ana bukannya warak dan tak pula mahu menghukum tapi sudahkah yang pakar hukum check things like this. Ana rasa budaya ini patut dihapuskan. Perhaps, suruh lah any 3rd party sponsor.
Apa komen ustazah?

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam azri,

Thanx for the comments. Syukur ada yang mengingatkan. Untuk pengetahuan Azri, di MAIS, ada 3 akaun berasingan, iaitu Baitulmal, wakaf dan zakat. Wang daripada akaun Baitulmal, yang mana adalah hasil daripada sewaan bangunan2 MAIS dan projek-projek pembangunan yang kami jalankan dari semasa ke semasa, digunakan untuk kos operasi dan pengurusan MAIS, termasuk kos mesyuarat, latihan dan kursus.Kelulusan mengenai bajet tahunan hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis (yang mana ahli2 majlis terdiri daripada pakar2 yang dilantik oleh Sultan) dan mesti diperkenan terlebih dahulu oleh DYMM Sultan. Peruntukan ini ada dinyatakan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.Pada saya, memandangkan perkara itu telah diluluskan, tidak saya untuk menggunakan bajet tersebut untuk mesyuarat/kursus/latihan.

Mengenai penggunaan wang zakat, kebiasaannya Lembaga Zakat Selangor akan meminta pandangan Jawatankuasa Fatwa Selangor mengenai perbelanjaan dan agihan zakat.Justeru, soalan Azri sama ada sudahkah yang pakar hukum check this things, juga telah saya jelaskan.:)Fatwa telah pun dikeluarkan, yang menyatakan hanya kakitangan yang menguruskan zakat sahaja yang layak menggunakan peruntukan zakat amil. Oleh itu, pihak MAIS tidak sama sekali menggunakan wang zakat atau akaun zakat untuk kos-kos pengurusan MAIS. Oleh itu, pandangan Azri bahawa kos tersebut digunakan dari duit orang ramai, pada pandangan saya, perlu dibetulkan.:)

Akaun ketiga iaitu akaun wakaf, hanya digunakan untuk pengurusan hartanah wakaf yang diamanahkan kepada MAIS.Untuk makluman Azri juga, saya kira, pihak MAIS telah berusaha menjaga amanah yang diberi selama bertahun-tahun. Buktinya, pihak MAIS berjaya mengekalkan sijil kewangan bersih daripada Jabatan Audit Negara selama 11 tahun berturut-turut tanpa gagal.Alhamdulillah..

Mengenai amanah bawa balik pen dan kertas pejabat, saya setuju dengan Azri. Sapa yang buat tu, memang tak amanah. Tapi, pada saya, itu adalah masalah sikap sesetengah individu, yang hanya boleh diubah dengan kesedaran individu itu sendiri. Kalau seseorang itu amanah, perkara kecil seperti pen dan kertas pejabat pun dia tak akan ambil.Wallahua'lam.

Azri berkata...

Terima Kasih Ustazah atas penjelasan. Malam ini tambah sikit ilmu ana.
Maaf, ana bukan mengatakan ustazah tak amanah...ana bukan kata tak boleh ada training. Ustazah punya trip ke Melaka tu nothing lah compared tu sesetengah jabatan tapi itu bukan issuenya.Issue nya ialah budaya menghabiskan budget unnecessarily dlm gomen ni tak betul. Ia sepatautnya dibelanjakan dengan berhemah. O.K. lah duit it dari baitulmal. tapi dari mana asalnya baitulmal dapat bangunannya sebelum nya boleh disewa kan? Bukankah kos operasi boleh dikurangkan kalau internal meetings dijalan kan di pejabat sendiri misalnya ? Lagi satu perkara yang ana tak setuju, kalu buat budget untuk tahun ni mesti dihabiskan walaupun tak ustifiable supaya budget tahun depan tak dipotong.Kos operasi gomen saban tahun meningkat. Lihat saja office mereka , sangat canggih , tapi itu semua dari duit public atau Petronas. Pada ana ini this is morally wrong. Ana tak tahulah macammana pakar pakar di Mais tu kata tak apa. Ana rasa badan agama macam Mais should be role model.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Anyway Azri. Thanx for the comment. Sebenarnya memang kami dah fikirkan semua tu, dan telah ada polisi belanja berhemah di mana kesemua meeting MAIS memang kami buat di MAIS, kecuali kalau program melibatkan terlalu ramai orang dan supaya orang tak ganggu. Biasanya kami buat di tempat kerajaan yang percuma, contohnya, masjid negeri, SUK, JAIS, Jabatan Mufti. Rasanya, tahun ini, sekali ni jer kami buat di luar, dengan bajet yang kecil. Insyaallah, MAIS cuba jadi role model untuk badan lain. Semua keputusan yang dibuat tentu ada justifikasinya.