Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 25 Januari 2009

Diari 26 - Happy Chinese New Year!!


Salam semua,

Petang ini, semua kaum Cina akan merayakan Tahun Baru Cina mengikut kalendar Cina. Antara yang penting, petang ini semua ahli keluarga akan berkumpul dan makan bersama. Ini dikenali sebagai Makan Besar. Mereka juga akan menikmati Yee Sang, sejenis makanan tradisional China, yang hanya dihidang semasa Tahun Baru Cina. Yee Sang ini macam salad jugak. Semasa bekerja dengan firma milik pengusaha Cina, saya berkesempatan merasa Yee Sang ini. Rasanya manis, macam halwa. Bahan2nya terdiri daripada sayur-sayuran seperti lobak, halia, kacang, jelly fish, daging sama ada ikan salmon@ haruan/udang/abalone. Sebelum dihidang, kita bubuh lemon/lime juice dulu. Bagi 'vegetarian', Yee Sang mereka tak ada daging.


Yang menariknya, mereka mengatakan, semasa makan Yee Sang, mereka mengangkatnya tinggi2 dengan menggunakan chopstick. Kata mereka, lagi tinggi Yee Sang diangkat, lagi 'ong' dan business menguntungkan. Saya turut mencuba, hasilnya, berterabur Yee Sang atas meja!! Hahaha.. Nasib baik company tak rugi that year.. hehehe..Semasa angkat chopstick tu tinggi2, kena lah cakap 'low hei' atau maksudnya 'untung, kehidupan, panjang umur'. Sekali suap masuk mulut, tak larat nak makan lagi daaa.. hehehe.. manissss sangat! Kalau ada sahabat2 yang pernah makan Yee Sang, bolehlah kongsikan kat sini..



Kadang kala, mungkin kita sukar untuk menerima sesuatu perkara yang tidak menjadi amalan adat atau agama kita, seperti tradisi Yee Sang atau membelah kelapa semasa Thaipusam dan Deepavali. Tetapi saya berpandangan, selama mana ia tidak mengganggu keharmonian agama Islam, atau agama lain, amalan tradisional agama lain boleh diamalkan dan dikekalkan. Tambahan pula dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, understanding other customs and religion, ianya amat penting, untuk mengekalkan keharmonian agama dan kaum di Malaysia. Saya juga yakin, semua agama di dalam dunia ini, semuanya mahukan kedamaian dan keharmonian antara kaum dan agama. Melainkan jika Islam diperangi atau dihina, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk mempertahankan agama, seperti yang berlaku di Gaza.

Anyway,Happy Chinese New Year to all Chinese all over the world. Wish u (and us too) a prosperous, longliveness and liveliness this year and year ahead!! ;)



2 ulasan:

Leenoh berkata...

Pandai gak Hani mendapatkan maklumat mengenai tahun Baru China dengan gambar menariknya sekali.

Sambutan tahun baru mana-mana bangsa boleh kita turut serta, asalkan tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan syirik.tatapi sambutan perayaan susuatu agama dilarang kita turut serta melainkan sekadar batasan pergaulan yang terhad.

Wassalam.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Pak Ngah,

Setuju dengan pandangan tu. Kena tau batasan yang ditetapkan agama untuk elak dari terpesong/ syirik. Anyway, tq for the comment:)