Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 2 Januari 2009

Diari 15 - Happy New Year 2009

Dataran Merdeka, KL, salah satu lokasi sambutan tahun baru 2009


Salam semua,

Tahun baru 2009 ini saya sambut berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Pada malam tahun baru, saya diajak oleh sahabat baik saya, Ustaz Muhamad bersama-sama mengedarkan risalah dakwah kepada pengunjung-pengunjung di Dataran Merdeka. Risalah tersebut cukup ringkas. Kata-katanya seperti lebih kurang berikut:-


“Marilah kita mulakan tahun baru 2009 dengan mengucapkan alhamdulillah”.


Kesemua sukarelawan seramai 15 orang berkumpul sekitar jam 10.30 malam untuk taklimat ringkas di rumah Ustaz Muhamad sebelum bergerak ke Stesyen Komuter Subang Jaya. Kami tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 12.15 tengah malam dan berjanji untuk bertemu semula pada jam 1.30 pagi di stesen Komuter Kuala Lumpur. Ketika kami tiba, sebahagian pengunjung-pengunjung sudah mula meninggalkan kawasan Dataran Merdeka. Kedengaran muzik bergema kuat mengiringi lagu nyanyian kumpulan Hujan.

Kami berpecah kepada empat kumpulan dan mula melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Macam-macam jenis pengunjung yang kami temui. Ada yang hadir secara berkumpulan, sebahagiannya bersama keluarga dan sebahagian lagi bersama pasangan.

Walaupun perkara ini baru kepada kesemua ahli dalam kumpulan saya yang semuanya wanita, alhamdulillah, kesemua risalah yang diberi kepada kami berjaya diserahkan kepada pengunjung yang hadir. Sebahagian besar risalah itu kami serahkan kepada kumpulan anak muda dan pasangan kekasih yang duduk berdua-duaan dengan mesra. Macam-macam reaksi yang kami perhatikan. Ada yang menolak untuk mengambil risalah, ada yang bertanyakan soalan kepada kami, ada yang mencebik, ada yang terus mengucapkan Alhamdulillah dengan kuat. Manakala kebanyakan pasangan kekasih yang sedang bermesra, biasanya akan meleraikan pegangan atau pelukan erat bila disapa oleh kami.

Pada saya, inilah dakwah yang sebenar, iaitu berdakwah kepada manusia yang lalai dan alpa di pesta-pesta dan sambutan keraian yang banyak mendorong perkara maksiat berlaku. Walaupun hanya dengan mengedarkan risalah yang ringkas, objektifnya adalah mengingatkan manusia untuk mengingati Allah yang melanjutkan usia kita memasuki tahun baru, bukan dengan mengingati hiburan dan maksiat sempena sambutan tahun baru. Mudah-mudahan, dengan sedikit usaha kami, dapat membantu umat Islam lain untuk berazam memperbaiki diri sempena tahun baru ini. Amin.

Diari 15 – Happy New Year 2009!!!!


Bertolak dari Stesyen KTM Subang Jaya

Sebahagian sukarelawan yang terlibat dalam operasi.
Berbaju biru, Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin, Pengarah Program.

Dalam komuter ke Kuala Lumpur.

Bergambar dengan sukarelawan paling otai dalam team.

Suasana di Dataran Merdeka KL, bermandi cahaya pada malam tahun baru 2009

Tugas berat bermula.. Ayuh! Sebarkan risalah!!

Tetap tenang mengatur langkah untuk menyebarkan dakwah.

Amenda ni kak? Baca dik, jangan tak baca..

Selamat Tahun Baru bang. Jangan lupa share dengan kawan2 ekk?

Antara couple yang sempat saya terjah...

Keadaan di Dataran Merdeka semasa sambutan Tahun Baru 2009

Kebanyakkan pengunjung yang hadir adalah golongan remaja.

Aksi yang biasa dilihat semasa sambutan tahun baru.

Apa nak jadi dengan belia kita?

Kotor!! Sampah-sarap selepas konsert selesai.

Lagi sampah-sarap...

Cantik.. Pentas Sambutan Tahun Baru 2009.

Pengunjung mengutip belon yang terdapat di pentas selepas konsert selesai.

Dataran Merdeka semakin lengang selepas DBKL meminta pengunjung mengosongkan Dataran.

.

Bersama Su, sukarelawan wanita yang terlibat.

Calon-calon isteri solehah..

Selamat Tinggal Kuala Lumpur.
Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009. Semoga bertambah iman dan amal.

6 ulasan:

Shah Jehan berkata...

Salam Tahun baru Masihi dan Hijri! Tahniah! Saya tumpang gembira atas aktiviti tahun baru Oan. Sangat bermakna kegiatan dakwah non-invasive sebegitu. Rasanya tak invasif sebab takde paksaan, cuma pelawaan untuk sambut pemberian. Kalau tak keberatan, boleh tak Oan kongsi dengan warga internet kandungan risalah tu...ye lah. Kot2 kami pun nak buat contoh ikutan. Thumbs up! :)

n.i. berkata...

o-an,
Alhamdulillah & tahniah!!! i am sooo proud of u!!! akak sambut tahun baru atas katil.. pengsan sbb makan ubat batuk + ubat selsema hehehehe

dakwah yang ringkas sebegini lebih effective sebenarnya, kan?

Hunny berkata...

Thanx Kak Jehan,

Sebenarnya, kandungan risalah tu ringkas sangat, sebaris ayat jer.. iaitu, "Marilah kita mulakan tahun baru 2009 dengan mengucapkan alhamdulillah”. Sebab, ikut pengalaman sahabat2 yang dah pernah buat banyak kali, diorang tak baca kalau panjang2.. jadi kami buat saiz kompak jer..Biasanya depa wat time Merdeka and konsert.. So, next time boleh lah join? Hehehe...

Hunny berkata...

Sis Naj,

I agree with u.. Dakwah yang ringkas lebih effective, coz sekarang kita hidup mengejar masa, suma nak rushing. Dakwah pun kena rushing juga..Selari dengan peredaran masa.Insyaallah, mudah-mudahan saya terus komited.:)

hasnizam berkata...

emm...malam tahun baru aku tidur dengan nyenyaknya dari pukul 8.00 sampai 12.30. Sejurus bangun aku sembahyang dan bersiap untuk keluar nak tengok ape yang berlaku diluar sana. sementara menunggu pukul 1.00 aku duduk sebentar di sofa sambil membaca suratkhabar ahad lepas. Bila aku bangun, jam dah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Owh aku sambung tidur rupanya......

Hunny berkata...

Hehehe,

Geebok Geebok, memang macam dulu jugak! Hehehehe..