Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 25 Januari 2009

Diari 27 - It's showtime!!Its Merlin!!

Salam semua,

Sempena cuti Tahun Baru Cina, saya mengambil peluang untuk pulang ke kampung. Ramai juga sanak-saudara saya pulang ke kampung, sebab cuti lama. Sambil bersembang-sembang lepas makan nasi berkat gulung (biasanya nasi ambeng, dibalut dengan daun pisang, makanan yang biasa dihidangkan oleh orang Jawa semasa kenduri doa selamat atau kenduri tahlil) saya menonton drama bersiri Merlin, yang ditayangkan di TV3, mengenai pengembaraan Merlin, seorang ahli sihir kulit putih yang tersohor.


Saya tak pasti sama ada kisah Merlin ini sekadar mitos atau benar berlaku. Apapun, berdasarkan kajian ringkas yang saya buat, dan cerita yang saya tonton sebentar tadi, lagenda Merlin bermula di Britain, semasa kurun ke-5, semasa Britain dalam keadaan huru-hara selepas berakhirnya penaklukan Rom. Selain daripada pertarungan yang berlaku di kalangan panglima tertinggi Britain, Britain juga diceroboh oleh Anglo Saxons daripada Denmark dan Jerman. Menurut legenda, Merlinlah yang menyelamatkan Britain, dan membantu pemerintah pada zaman itu, iaitu King Arthur.

Yang menarik minat saya bukanlah jalan cerita Merlin tersebut, dan saya tidak kisah sama ada cerita itu benar2 terjadi atau mitos semata-mata. Yang menyebabkan saya tertarik adalah potongan skrip dalam episod yang saya saksikan tadi, di mana seorang wanita tua yang anaknya dibunuh oleh bapa King Arthur, melontarkan kata-kata, yang selepas ditafsirkan, maksudnya lebih kurang seperti berikut:-

"Aku akan pastikan kau mendapat balasannya, sebelum pesta keraian tamat. Darah dibalas dengan darah, mata dibalas dengan mata, tangan dibalas dengan tangan.."


Skrip ini menyamai ayat di dalam Al-Quran mengenai qisas, yang bermaksud:-

“Dan telah Kami tetapkan terhadap mereka di dalamnya (al-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas dengan seimbang. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisas)nya, maka melepaskan hak jitu menjadi penebus dosa baginya”.

Dalam cerita Merlin juga, pelaksanaan hukuman dibuat di hadapan umum. Ini menyamai konsep pelaksanaan hudud dalam Islam, dalam kes zina.

Saya terfikir sesuatu. Jika legenda ini benar, ini membuktikan bahawa orang Britain (bukan Islam) semasa kurun ke-5 telah percaya dan mengiktiraf undang-undang dan hukum Qisas, serta sebahagian bentuk pelaksanaan Hukum Hudud. Jika benar, ini adalah bertepatan dengan Al-Quran sendiri yang menyatakan bahawa dalam Kitab Taurat, iaitu Kitab Suci yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. hukum ini telah jelas. Berkemungkinan disebabkan perubahan zaman, tempat kepercayaan mereka turut berubah.

Apapun, pada saya, kalau pada kurun ke-5, rakyat Britain yang mengamalkan ilmu sihir boleh mengiktiraf undang-undang Qisas ini sebagai satu undang-undang yang adil, (walaupun mungkin tidak beragama Islam), takkanlah pemimpin2 bukan Islam kita, tidak mahu langsung mengiktiraf undang-undang hudud dan Qisas tersebut, sedangkan mereka telah maklum, undang-undang itu tak terpakai pun ke atas mereka. Tepuk dada tanya lah diri masing2. Saya hanya melontarkan pandangan sahaja. Mungkin ada pandangan lain dari sahabat2 dan sidang pembaca. Wallahua'lam. kepe



6 ulasan:

Leenoh berkata...

Memang benar kata Hani, Kalau kita menonton filem Inggeris yang menceritakan kisah atau sejarah lampau akan terlihat persamaan dengan amalan Islam seperti pakaian yang mereka pakai juga menutup aurat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan juga ada adabnya yang tertentu.

Mungkin setelah ahli agama mereka mengubah peraturan agama mengikut nafsu manusia akhirnya amalan agama mereka semakin jauh tersasar, titik permulaannya ialah setelah mereka dengan sengaja menafikan Nabi Muhammad.s.a.w sebagai Rasul terakhir.

Berbalik kepada Hukum Hudud terhalang pelaksanaannya kerana penglibatan pemimpin kita dalam tanggungjawab menyampaikan kefahaman kepada rakyat tidak menyeluruh, mungkin pemimpin (politik) sendiri tidak faham dan tidak kenal hukum hudud itu, kata orang tidak kenal tidak cinta.

Oleh itu mereka yang kenal dan cinta sahaja yang berusaha ke arah itu, manakala mereka yang tidak cinta kekadang menghalangnya. Bagi pihak orang bukan Islam rasanya tiada masalah pun, jika semua pihak di kalangan orang Islam memberi mereka faham dalam bentuk dan bahasa yang sama.Tetapi, sekiranya orang Islam masih bercakap dalam bahasa yang berbeza-beza dalam hal ini tentulah sukar untuk mencapai hasrat murni itu.

Politik itu sepatutnya diibaratkan seperti poket manakala Islam diibarat sebagai baju, poket hanya tertampal di baju, ianya tidak akan lebih besar daripada baju.

Wallahu aklam. Wassalam.

MiSyaJanah berkata...

selamat bercuti di kg kak Hani....;-)

Hunny berkata...

Setuju benar dengan pandangan pak ngah.Mungkin sebab mereka tak kenal undang2 Hudud tu, dan tidak pernah diperkenalkan dengannya secara jelas. Orang2 Islam sendiri pun ramai yang belum jelas dengan hudud dan qisas. Seperti pengalaman saya menyertai program penerangan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan kepada ADUN Negeri Selangor,bukan hanya ADUN bukan Islam yang tak faham, ADUN Islam yang datang lagi teruk tak fahamnya, siap cakap undang-undang tu tak relevan. Sabar jerlah.

Apapun, saya percaya kaedah atau method memberi kefahaman kepada yang kurang faham perlu dilaksanakan. Barulah masing2 jelas.Kena mulakan dengan pemimpin Islam dulu nampaknya. Kerajaan PR kenalah berusaha, sementelah memegang kuasa di beberapa negeri. Mudah-mudahan usaha mereka diberkati.

Hunny berkata...

To Misya,

Alang2 singgah ke blog tu, jemput lah singgah ke kampung akak.:)

Azhar berkata...

Salam Ustazah. Pada pendapat ana , kalu nak tunggu orang faham memang tak akan faham punya. Hidayah tu dari Allah.

Masalah nya pihak yg bertanggung jawab tentang undang islam tak react dengan cepat tentang apa apa issue semasa mengenai undang islam. Mantan hakim negara kata undang islam is the best gift to celebrate 50 yrs independence. PM kata hudud belum sesuai. Org yang tahu pasal undang ni kena jawab lah di media mengata kan PM silap faham. Bagi official penerangan. Panggil press conference. Takut sultan murka ? Takut sultan lebih dari Allah ? Takut hilang kerja.? Percaya lah rezeki tu Allah yang beri.

Pihak berkuasa mesti impliment dan enforce.
Lihat Singapura. Mena ada orang berani buang sampah. Dia orang buat enforcement betul betul. Baru lah mereka takut. Tak ada lah lah nak tunggu beri penerangan bersih itu bagus, pelancong datang etc etc.

Ana tertanya tanya mereka yang berkerja di MAIS/Jais ni tak takut ke nanti di tanya malaikat tanya kenapa kamu tak hukum orang yg buat salah walhal kamu bertanggung jawab ?

Kita orang awam ni tak boleh pandai pandai sendiri. Sekurang kurang nya ana ada usaha sikit sini beri semangat . Wallahualam

Hunny berkata...

Salam Azhar,

Terima kasih atas komen dan bakaran semangat yang diberi. Pada saya, tanggungjawab untuk laksanakan undang-undang Islam ni, tanggungjawab semua pihak. Bukan JAIS dan MAIS sahaja. Pushing factor must come from rakyat dan pemerintah.Statement PM mungkin atas dasar politik, kerana menolak perjuangan parti lain. Statement-statement ada saya nampak dalam suratkhabar yang menyokong statement mantan ketua hakim negara. Contohnya, press statement Presiden Persatuan Peguam Syarie mengenai Hudud. Juga Mursyidul Am PAS, yang menyatakan bahawa Hudud dan Qisas tak terpakai kepada orang bukan islam. Banyak juga siri seminar dan perbahasan undang2 hudud dan qisas dibuat oleh pengamal undang-undang, ahli akademik, etc. Semua tu orang2 yang expert dalam undang-undang.

Sudah tentu bukan MAIS atau JAIS saja yang perlu takut jika tak hukum orang yang buat salah, tapi perlu dijelaskan di sini, bidangkuasa untuk memberikan hukuman adalah terletak kepada pihak Mahkamah, menggunakan prinsip2 menghukum dan mengikut bidangkuasa yang diberikan. Beban pembuktian amat penting sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman. Pada saya, yang lebih ditakuti adalah pelaksanaan hukuman yang salah (tak adil) dan mengakibatkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Apapun, tq atas komen yang membina sebagai perangsang kepada kami untuk terus berusaha memperkasa perundangan syariah Selangor.