Rasulullah s.a.w bersabda di dalam satu hadis: Aku dan penjaga anak yatim adalah seperti ini di dalam syurga (sambil menggerakkan jari telunjuk dan jari tengahnya).
Salam semua,
Saya nak kongsikan gambar-gambar yang saya ambil bersama anak-anak yatim dan anak-anak orang susah yang menghuni di Rumah Anak Yatim Al-Ijabah USJ 4 malam tadi sempena menyambut 10 Muharram 1430. Seronok bermarhaban dan bermaulid bersama mereka. Tahun depan sesiapa yang berminat boleh lah turut serta.
Selain solat Isyak dan Maghrib berjemaah, praktikal solat juga dibuat selepas program selesai dengan bimbingan Ustaz Muhamad Abdullah
Walaupun gambar ni tak clear, saya masukkan juga. Adik yang berbaju biru yang paling comel ni, sangat ceria sebeleum majlis maulid. Semasa majlis maulid, dia menangis teresak-esak, bila ditanya, katanya terkenang ibu dan arwah ayahnya.. Sedih kan cerita ni?? Isk!Isk!

Salah seorang anak yatim yang sentiasa tersenyum. Mawi.. U will alwizz be my favorite!! Hehehe..
Salah seorang anak yatim yang sentiasa tersenyum. Mawi.. U will alwizz be my favorite!! Hehehe..
"sayangi anak yatim"
Nurhani
Subang jaya
Nurhani
Subang jaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan