Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 31 Januari 2009

Berpesan-pesan - Manusia dan Masa

Salam semua,

Semalam tak dapat nak menulis sebarang entri, kerana terlalu sibuk, terlalu letih dan line tak ok. Cuma sempat juga tengok dan balas komen rakan-rakan. Dek kerana jadual yang padat, sepanjang hari saya risau memikirkan dua pembentangan yang perlu saya buat minggu hadapan. Pertamanya, untuk penerangan mengenai Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) kepada pegawai-pegawai agama Islam MAIS dan JAIS di Institut Latihan dan Dakwah Negeri Selangor (ILDAS) pada 2-3 Februari 2009. Keduanya, pembentangan kertas kerja mengenai isu dan cabaran penguatkuasaan undang-undang Syariah di Selangor untuk Munaqasyah Pemerkasaan MAIS 2009-2011 pada 5-6 Februari 2009. Tambahan pula, saya terlibat sebagai Penyelaras Modul untuk bengkel yang diadakan pada hari kedua. Ni tak masuk lagi penyiapan project paper untuk pengajian LL.M saya yang sepatutnya dihantar pada Januari lalu. Exam dah lama habis, project paper tak hantar lagi.. Aduss!!! Semuanya memerlukan masa, pemfokusan dan komitmen.. Arrggghh!!!

Anyway, bercakap mengenai masa, kalau tanya pada manusia, mesti tak cukup. Ini kerana, ada macam2 benda dan perkara yang manusia nak buat dalam dunia ini. 24 jam pun tak cukup. Tengok TV, blogging, surfing, makan, tidur, kerja, outing dengan family, shopping, gi masjid, bangun malam, servis kereta, cuci kain baju, kemas umah, attend kuliyah, berkursus, buat program.. dan banyaaaaak lagi.. Disebabkan itu, setiap seorang dari kita perlu ada perancangan dan pengurusan masa masing-masing, untuk memastikan masa yang berlalu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan mendapat ganjaran pahala. Bukan disia-siakan begitu sahaja. Kerana itulah , Allah telah berpesan dalam surah Al-Asr mengenai kepentingan mengurus masa.

Untuk makluman sahabat-sahabat, saya mengakui, saya bukanlah orang yang pandai mengurus masa, tetapi saya sentiasa cuba untuk menjadi pengurus masa yang baik. Dulu, semasa remaja, saya sangat suka menonton filem dan drama TV, sampai larut2 malam ( jam 2-3 pagi). Sekarang, saya lebih suka menonton program yang berinformasi seperti Buletin Utama, 360, 999 dan Majalah 3. Dalam erti kata lain, pada saya, menonton TV tidak salah, tetapi tengoklah apa program apa yang ditonton. Jika menonton berita yang bemanfaat dan boleh disampaikan kepada masyarakat. Mendengar muzik, melayari web, membaca buku, semuanya tidak salah, asalkan tidak melalaikan dan memberi manfaat kepada kita. Kalau bekerja pula, if kita buat dengan ikhlas, akan dikira sebagai ibadah sepanjang kita bekerja. Allah itu memang Maha Pengasih dan Penyayang. Kita cakap perkataan yang baik-baik, mesra dengan mak ayah dan adik beradik, jauhkan larangan Allah, buat suruhan Allah, amalkan Sunnah Rasulullah, semuanya dituliskan pahala bagi kita. Pendek kata, sepanjang masa kita gunakan untuk perkara-perkara yang baik dan mendapat pahala.

Okeylah. Tak boleh tulis lama2, sebab kena singkatkan masa layan blog sekarang.(Hehe..)Banyak perkara lain yang perlukan komitmen dari saya..:) Mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat semua dapat mengurus masa kita dengan baik supaya tidak jadi orang yang rugi. Macam mana pulak dengan kawan-kawan yang lain? How u all manage your time? Bolehlah kongsikan bersama :)


6 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.Nurhani Salwa.

Manusia bernasib baik Allah menjadikan siang dan malam, kalaulah Allah hanya beri siang sahaja dan malam boleh dipilih dengan cara masuk bilik dan malamkan sendiri dengan izin Allah, rasanya manusia akan menjadi kurus kering kerana tidak pandai menjadualkannya. Terutamanya Pak Ngah sendiri hehehe.

Kekadang kita rasa malam datang secara kebetulan dan siang juga muncul secara kebetulan, pada hal itu adalah sebahagian dari kasih sayang Allah kepada hambaNya dan sudah tentulah juga menunujukkan wujud sifat Maha Bijaknya Allah.

Kesan kewujudan siang dan malam kepada kehidupan manusia dan makhluk lain amat menakjubkan.

Masa berlalu selari dengan gerak nadi kita yang mana kita tidak akan mengetahui bilakah masa saat berhenti dan padamnya.

Kekadang kita mahu masa itu berjalan dengan cepat dan kekadang pula sebaliknya, kalau cepat masa berjalan cepatlah kita dapat terima gaji tetapi usia juga semakin bertambah, kalau lambat masa berjalan memaksa kita menunggu lama untuk mendapatkan sesuatu yang hendak disegerakan. Jadi semuanya serba salah. Sebab itulah kita perlu taqarrub atau menjadi muqarrabiin.untuk menghilangkan atau mengurangkan kelemahan diri.

Bagi mereka yang berusia 50 atau 60 tahun, mungkin baki masa yang boleh digunakan di dunia ini semakin mengecil, Pendek kata peruntukan masa yang diberikan kepada setiap manusia itu semakin mengecil pada setiap detik dan saat. Keadaan ini menuntut kita supaya sentiasa rapat dan taqarrub dengan Allah.

Walau pun kita sememangnya ada kesedaran tersebut tetapi iblis syaitan amat mahir kerjanya, sentiasa sahaja mengganggu kita supaya leka pada perkara yang kurang bermanfaat

Dah panjang kan....ahem........... terpaksa ditangguhkan sehingga berjumpa pada entri yang lain. insya Allah.
Sekian.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam Pak Ngah,

Terima kasih atas nasihat dan ingatan yang berterusan. Realiti setiap makhluk yang dicipta oleh Allah semuanya ada fungsi masing2, dan untuk kita sama2 meneliti dan mengingat.Kejadian malam dan siang contohnya, adalah satu tanda kekuasaan Allah, supaya kita sentiasa mengingatiNya Siang dan Malam. Sebabnya, manusia memang mudah lupa.Kena selalu diingatkan, khususnya bab masa. Lalu, marilah kita teruskan dan sentiasa berpesan2 antara satu sama lain.Ingat mengingati, nasihat menasihati, amalan terpuji.

DrSam berkata...

setiap apa yang dilakukan hendaklah bersederhana. saya pun bukan pengurus masa yang efisyen. setiap yang dilakukan perlulah bersungguh-sungguh. blogging pun kekadang memerlukan komitmen juga. buat setakat termampu.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Yerlah Dr Sam,

BERSEDERHANA (WASOTIYYAH).. Lakukan setakat termampu.. Blogging pun, setakat termampu..:)

mid berkata...

setuju sgt!

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Mid,

Thanx for your comment:)