Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 6 Januari 2009

Diari 16 - Selamat Menyambut 10 Muharram 1430

Salam semua,

Terdapat banyak perkara-perkara yang sunat dilakukan sepanjang bulan Muharam, selain daripada berpuasa. Antaranya memberi makan orang berbuka puasa, memuliakan fakir miskin, bersedekah dan menyapu kepala anak yatim.

Insyaallah, pada malam ini, saya dan beberapa rakan akan menyambut hari Asyura tahun ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Ijabah Anak-Anak Yatim Al-Hafiz, USJ 4/9D. Sesiapa yang berminat bolehlah turut serta, atau membuat sumbangan ikhlas ke rumah anak yatim ini melalui cek atau bank-in ke :-
Akaun Bank CIMB : Yayasan Al-Ijabah
: 14510000163107

Akaun Bank Muamalat : Yayasan Al-Ijabah
: 14010005674714

atau dengan melayari laman web www.ijabah2u.com.

Jom sama-sama bantu mereka..




Tiada ulasan: