Hari ini saya dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat bersama beberapa pengusaha-pengusaha rumah kebajikan Islam di sekitar Selangor. Ini kali pertama saya menyertai mesyuarat tersebut yang dianjurkan oleh Unit Dakwah Ar-Riqab, MAIS yang baru ditubuhkan penghujung tahun lalu. Antara lain, objektif perbincangan diadakan adalah untuk menyelaras program-program yang dibuat oleh badan-badan kebajikan tersebut dan menyalurkan dana untuk aktiviti yang dibuat melalui asnaf ar-riqab, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Setakat ini
Rumah-rumah kebajikan yang terlibat masing-masing wujud dengan objektif yang sama iaitu berusaha untuk memerangi pelbagai gejala sosial yang melanda negara, yang saya simpulkan kepada 3 yang utama iaitu seks bebas, (yang mengakibatkan mengandung luar nikah dan sumbang mahram) murtad dan penagihan dadah (penagih dijangkiti HIV positif). Kesemua rumah-rumah kebajikan tersebut dihuni oleh pelatih Melayu Islam. Jumlah paling sedikit , 15 orang pelatih (Rumah HIV Positif) dan paling ramai dalam 100 - 150 orang pelatih(mengikut kemampuan pengusaha dan tempat). Setakat ini, terdapat lebih kurang 40 buah rumah kebajikan yang mendapat bantuan daripada MAIS. Amat sukar untuk menerima hakikat bahawa 75% penagih dadah adalah berketurunan Melayu Islam.
Sepanjang perbincangan, saya didedahkan dengan masalah-masalah yang sering menimpa rumah-rumah kebajikan ini. Selain daripada kekurangan dana, pengusaha rumah-rumah kebajikan ini, meluahkan kebimbangan mereka dari sudut keselamatan mereka. Ini kerana, pengusaha yang menerima pelatih wanita, kerap menerima ancaman daripada teman lelaki, ayah, saudara kandung lelaki dengan ancaman fizikal dan mental. (Ancaman mental biasanya dalam bentuk sihir). Ini tidak termasuk dengan sikap ibu bapa dan keluarga pelatih yang tidak mahu menerima pelatih-pelatih (biasanya pelatih yang dijangkiti HIV positif). Ada juga ibu bapa yang tidak membantu proses tarbiyyah di rumah, selepas tamat program tarbiyyah di rumah-rumah kebajikan, menyebabkan pelatih tersebut mengulangi perbuatan yang sama (contohnya hidu gam, menagih dadah, seks bebas). Terdapat juga golongan ibu bapa yang menyalahkan rumah-rumah kebajikan (termasuk memfailkan saman) sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan rumah kebajikan terhadap anak mereka. Ada yang membuat tuduhan anak mereka didera, dipukul dan sebagainya. Sehinggakan ada yang mengatakan, keikhlasan mereka untuk berbakti diuji dengan ancaman2 sedemikian.
Saya amat-amat respek dan 'salute' kepada pengusaha rumah-rumah kebajikan ini, yang sanggup mencurahkan masa, tenaga dan harta benda untuk memperbaiki ummah, khususnya remaja, untuk ditransform daripada sampah dan virus masyarakat, kepada manusia yang bermanfaat. Saya sendiri belum tentu mampu melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Walaupun diancam dengan pelbagai ugutan (termasuk ugutan bunuh), mereka tidak putus asa membuat jasa dan kebaikan untuk merealisasikan tuntutan agama, seperti mana di dalam Al-Quran Allah swt berfirman;
"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan, memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung."
Surah Ali-Imran [3]: 104
Alhamdulillah. Inilah antara yang dituntut dalam ayat di atas. Bekerja dalam jemaah. Justeru, kerjasama dan sokongan semua pihak amat dialu-alukan. Di peringkat individu dan masyarakat, orang awam bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan dengan membuat aduan mengenai jenayah sosial (biasanya khalwat) yang mereka ketahui. Untuk makluman, menurut kajian yang dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS, terdapat 2.2 juta umat Islam di negeri Selangor, sedangkan bilangan Pegawai Penguatkuasa agama yang dilantik setakat ini, hanya seramai 88 orang sahaja. Purata seorang penguatkuasa menjaga seramai 25,000 Muslim!
Justeru, melalui kerjasama dan networking dengan orang ramai, pencegahan virus-virus sosial yang menyerang ummah lebih mudah ditangani. Adalah diharap, mudah-mudahan kerjasama di antara pihak berkuasa agama dengan orang ramai dan rumah-rumah kebajikan ini dikekalkan dan berterusan. Insyaallah, pertemuan dan perbincangan dua hala seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap, untuk menyelaraskan program-program dakwah di samping membantu menyalurkan dana untuk rumah-rumah kebajikan ini menjalankan aktiviti dakwah mereka serta cuba menyelesaikan isu yang berbangkit. Mudah-mudahan usaha dakwah kami dirahmati Allah. Amin.
Sesiapa yang ada maklumat mengenai rumah-rumah kebajikan Islam yang lain, yang perlukan sumbangan, bolehlah menghubungi Lembaga Zakat Selangor di talian 03-55227700 atau Unit Ar-Riqab, Bahagian Pembangunan Insan MAIS di talian 03-5514 3400 atau layari laman web MAIS di www.mais.gov.my. Wallahua'lam.
Sampaikan dariku walaupun satu ayat..
Justeru, melalui kerjasama dan networking dengan orang ramai, pencegahan virus-virus sosial yang menyerang ummah lebih mudah ditangani. Adalah diharap, mudah-mudahan kerjasama di antara pihak berkuasa agama dengan orang ramai dan rumah-rumah kebajikan ini dikekalkan dan berterusan. Insyaallah, pertemuan dan perbincangan dua hala seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap, untuk menyelaraskan program-program dakwah di samping membantu menyalurkan dana untuk rumah-rumah kebajikan ini menjalankan aktiviti dakwah mereka serta cuba menyelesaikan isu yang berbangkit. Mudah-mudahan usaha dakwah kami dirahmati Allah. Amin.
Sesiapa yang ada maklumat mengenai rumah-rumah kebajikan Islam yang lain, yang perlukan sumbangan, bolehlah menghubungi Lembaga Zakat Selangor di talian 03-55227700 atau Unit Ar-Riqab, Bahagian Pembangunan Insan MAIS di talian 03-5514 3400 atau layari laman web MAIS di www.mais.gov.my. Wallahua'lam.
Sampaikan dariku walaupun satu ayat..
5 ulasan:
membuat kebaikan lebih senang dari mengekalkannya, semoga MAIS dapat mengekalkan usaha membela umat Islam
Syabas kepada MUIS.
Tahniah dan syabas kepada MUIS kerana memperlihatkan kesungguhan terhadap tanggungjawabnya melalui sentuhan barunya dan tindakan proaktif yang telah dilakukan itu.
Tahniah juga kepada Pengusaha Rumah Kebajikan Islam yang begitu gigih dan istiqamah dalam merealisasikan matlamat mereka yang murni itu.
Tidak ramai yang sanggup melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini, semoga Allah menambah dan mengukuhkan lagi semangat mereka dalam menghadapi tugas pada hari-hari yang mendatang.
Wassalam.
Pembetulan.
Maaf bukan MUIS, sebenarnya MAIS.
Wassalam.
To Ustaz Amin,
TQVM atas nasihat dan pesanan. Mudah2an kami tak lupa.
To Pak Ngah,
Terima kasih atas sokongan dan semanagt. Apa yang penting? Kerjasama!! (wonderpet!)
Catat Ulasan