Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 9 Februari 2009

Diari - Mesyuarat Anti Wahabi


Salam semua,

Semalam, saya dijemput untuk hadir bersama di dalam satu mesyuarat yang dibuat bertujuan untuk membincangkan mengenai strategi-strategi mengekang fahaman Wahabi yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita melalui penubuhan satu NGO menentang gerakan ini. Tentunya sahabat-sahabat tertanya-tanya, apa sebenarnya Wahabi itu dan mengapa perlu dikekang. Sedikit sebanyak bolehlah saya kongsikan di sini, fahaman ini dipelopori oleh golongan yang selalu menganggap orang lain yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah sebagai ahli bida'ah, kerana melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw semasa hayat baginda, berdasarkan hadis-hadis yang dirujuk oleh mereka. Golongan ini juga sering membidas dan mencela ulamak-ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membida'ahkan orang lain. Golongan ektrimis Wahabi ini juga menghalalkan darah saudara seislam mereka untuk dibunuh disebabkan perselisihan pendapat mengenai perkara-perkara cabangan di dalam Al-Quran.

Kalau sahabat-sahabat ingat, ada beberapa ulamak besar di negara kita ini yang menganggap sambutan Maulidurrasul sebagai bida'ah, tahlil, talkin, bacaan Yasin malam Jumaat, semuanya sebagai bida'ah. Memanglah mungkin sesetengah ulamak berpandangan bahawa ini hanya pertikaian mengenai perkara cabangan, tetapi setelah mendengar pengalaman tokoh-tokoh agama yang lebih berpengalaman dalam isu ini, golongan Wahabi yang ekstrim boleh mengancam keselamatan sesebuah negara kerana fahaman yang dibawanya menghalalkan saudara seislam mereka dibunuh, kerana mengamalkan bida'ah, sedangkan kalau mengikut ajaran ulamak ahli sunnah wal jamaah, selama mana seseorang itu mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhamad itu pesuruh Allah, bukan sewenang-wenangnya dia boleh dibunuh. Golongan ini juga menentukan Hukum untuk sesuatu perkara secara liberal, sehingga boleh menghalalkan enzim babi, dan nikah tanpa wali!!

Mengikut pengalaman saya sendiri, terdapat beberapa masjid yang mempunyai masalah pengurusan disebabkan AJKnya berfahaman Wahabi. Sebagai contoh, Imam yang dilantik diminta untuk tidak membaca Qunut semasa solat Subuh, sedangkan telah menjadi amalan seluruh umat Islam di Malaysia untuk membaca Qunut semasa rakaat kedua solat Subuh. Di beberapa masjid lain, terdapat juga arahan supaya tidak membuat tahlil, talkin, wirid selepas solat, dengan alasan tiada sunnah atau hadis yang menyokong perbuatan-perbuatan tersebut. Ini tentunya akan menimbulkan pertikaian dan kekeliruan di kalangan jemaah, yang mengakibatkan masjid tidak dapat diimarahkan. Semasa bulan Ramadhan pula, timbul isu mengenai jumlah rakaat tarawih, 20 atau 8 rakaat sahaja.

Apapun, saya 100% bersetuju dengan penubuhan NGO untuk mengekang fahaman Wahabi ini, sebagai salah satu cara untuk menyekat pergerakan fahaman ini, di samping 1001 cara-cara lain. Untuk penyokong-penyokong Wahabi, bersedialah untuk diperangi dari segenap penjuru. Untuk rakan-rakan, demi menjaga agama masing-masing, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, supaya bersama-sama mencegah fahaman ini daripada terus berkembang. Sebagai langkah permulaan, pencegahan ini hendaklah dibuat dengan bermula di rumah, iaitu keluarga masing-masing. Pastikan tidak berlaku unsur-unsur konflik yang saya nyatakan tadi. Sekiranya di kawasan anda ada berlaku pertikaian atau isu seperti yang saya nyatakan tadi, bolehlah membuat aduan lisan/bertulis kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS atau Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk diambil tindakan lanjut. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu menjaga agama Islam yang merupakan tujuan utama Syariah.
Sekadar pandangan.

Tokoh-tokoh ulama yang turut menyertai mesyuarat ini

Ahli-ahli mesyuarat sedang tekun mendengar maklum balas yang disampaikan oleh salah seorang ahli yang hadir.

Saya dan beberapa muslimat yang hadir walaupun duduk di belakang, tetapi masih diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan mendengar penjelasan mengenai kebahayaan fahaman Wahabi ini.

Mudah-mudahan segala keputusan yang diperolehi di dalam Mesyuarat ini berjaya dilaksanakan. Amin..


43 ulasan:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

bagusla mesyuratni..kadang2 kalo kt lihat skrg ni ustaz2 sendiri pn ada yang menyokong wahabi.

Tanpa Nama berkata...

Betul, betul, betul!! Apa kata fatahiyyah sama2 join grup kami ni? Kami kurang wanita, sedangkan golongan fanatik wahabi ni banyaknyer wanita.. Meh la:) Next miting i panggil u.. ok?

Mohamed berkata...

jangan Jadikan Selangor sebagai pusat gerakan WAHABI!! cukuplah Perlis je. Sekiranya anda ingin mendapat bahan pembacaan dalam bentuk buku dan kertas kerja berkaitan wahabi sila hubungi saya.

Leenoh berkata...

Saya selalu ke Perlis dan bersolat berjamaah bersama mereka, selepas beri salam maka terputus mutlak dengan imam. berdoalah masing-masing, doa itu memanglah maqam munajjat tetapi kita masih boleh memberi peluang kepada makmum yang lemah dalam pengetahuan Islam dapat belajar secara tidak langsung dengan mendengar doa dari imam dan meng-amin-kannya.
Saya pernah disuruh jadi imam di salah satu masjid di sana,( waktu itu imam tetap tidak hadir) saya bimbang juga risikonya tetapi apabila didesak juga maka saya pun tunaikan permintaan mereka. saya wirid dan doa, semua makmum mengikut saya dan meng-amin-kan doa tersebut.
Kesimpulannya sebahagian besar daripada mereka masih ikut cara kita tetapi secara rasmi takut nak dilakukan.
saya pernah dengar seorang ulamak fahaman ini mengutuk ulamak dan sesiapa sahaja yang mengamalkan selawat syifak. Cara dia berucap begitu tegas dan tanpa hikmah seperti memperlekehkan sebahagian besar ulamak yang sedia ada sekarang ini.
Saya sebut selawat syifak kerana yang itu sahaja yang saya dengar kerana selepas itu saya pun tutup videonya.

Saya rasa bukan sahaja mengenai wahabi yang penting diutarakan di dalam perbincangan pihak berkuasa agama Islam. Mengenai adat atau kepercayaan karut tidak kurang mustahaknya. Jika bermusafir dari utara ke selatan dan termasuk Sabah dan Sarawak adat ini banyak lagi adat karut yang diamalkan oleh orang Islam, sama ada secara terang atau tersembunyi.

Syabas dan terima kasih kepada Pegawai MAIS dan mereka yang terlibat.
Wassalam.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

iAllah..teringin jgk..tp sy ni masih kekurangan Ilmu lagi..hehhe. Biasanya apa yang di buat sewaktu meeting tu?

Azri berkata...

Apahal nya pulak nak bergaduh ni ustazah.! Macamnaboleh cop ustaz ni wahabi yang tu tidak. Benda benda ni hal cabang aje silap haribulan jadi gaduh tak tentu pasal. Misal nya samak babi. Tak ada dalil kata mesti samak. Itu yang dia orang beritahu. kalau tak konfiden samak lah tapi kalu diaorang kata memnag tak perlu. Apa masaalah nya. Bab macam ni kadang tu kena lah tengok keadaan . Misal nya dlm tv ada satu kilang di samak kilang tu sebab sosej babi. Kan payah dah tu.
Apa sebenarnya agenda NGO nih .

Azri berkata...

Jangan cop ana wahabi pulak ustazah.!

Hunny berkata...

Fatahiyyah, nanti kalau ada masa saya ceritakan pasal miting tu.

Azri, banyak yang Azri kena dapatkan maklumat mengenai Wahabi. Sejarah mengatakan kerajaan Othmaniyyah dan Afhganistan jatuh disebabkan angkara puak Wahabi. Mulanya memang perkara cabangan sahaja ditimbulkan, lama2 perkara2 yang lebih besar ditimbulkan.NGO ini tak semudah itu nak cop seseorang itu wahabi. Mula2 isu samak atau tidak. lama2 babi pun halal!Alasan semuanya tak ada dalil.kita yang dengar ni pun percaya ajer, sedangkan ikut mazhab syafie kena samak, tentulah ada dalilnya. Imam Syafie tu taraf mujtahid, hafal beratus ribu hadith,ulamak golongan wahabi yang baru hafal 1 dua hadis ni boleh pertikaikan pandangan dia.Bukan taraf mujtahid pun. Suka saya memetik kata2 Dr Othman El Muhammady, Pengarah ISTAC, yang saya anggap sebagai tokoh ulamak Sunnah masa kini. Siapa kita nak pertikaikan ulamak 4 mazhab dan mujtahid, sedangkan ilmu mengenai Quran dan Sunnah pun belum cukup? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.Berapa banyak ayat Quran kita hafal, hadis kita hafal, kitab2 muktabar kita baca? Bukan nak bergaduh, cuma nak pertahan agama Islam, yang kucar kacir disebabkan orang Islam sendiri.Berapa banyak masjid yang AJKnyer bertelagah disebabkan larangan membaca qunut, tahlil, talkin oleh puak2 ni. Alasan, semua tu bida'ah. Habis, konsert Rihanna, program Akademi Fantasia, Sure Heboh, tak ada la pulak depa kata bida'ah? Perkara2 yang mendorong orang Islam kepada mengingati kematian (ada dalil) membesarkan Allah (ada dalil), qunut ( ada dalil) semuanya bidaah, tak boleh buat, tapi benda2 maksiat tak bidaah la plak? To Azri, fikir2kanlah, mudah2an anta dijauhkan dari fahaman ini..

Azri berkata...

Syukran Ustazah . InsyaAllah ana tak terpesong dgn hidayah NYA.

Anti – Wahabi ? Wahabi tu wujud ke? Atau pun macam prpoaganda anti JI. JI tu wujud ke ?

Yang kita dengar ustaz declare dia anti wahabi. Tapi ana tak ada dengar ustaz claim dia wahabi.

Ustaz ustaz ni pun ada yang ego juga. Nak bagi ceramah dia hot sikit sebut lah pasal wahabi. Mengapi api kan kebencian tak sepatut nya.

Antara sebab kejatuhan empayar islam dulu tu adalah disebab kan nasionalisma i.e. perkauman di api api kan oleh agen british Lawrence of Arabia. Di api api kan kenapa khalifah orang turki bukan orang arab. Dan di janji kan kalu british menang ketua ketua puak dapat habuan masing masing. Masaalah taksub kat pemimpin puak. Bila ni di api api kan islam sama islam bergaduh. Macam kat sini lah melayu sama melayu bergaduh. Umno anti pas, pas anti umno. Ni pulak ustaz anti wahabi nak api apikan anti wahabi.

Soal nya siapa dia wahabi.? Dia ada pakai ID kad ke ?

Yang ana nampak ustaz yang dicop wahabi ni lulusan middle east . So dia orang ni exposed to amalan mahzab lain. Kita pulak amalan ikut ikutan. Banyak dia orang tahu yang kita tak tahu.

Misalnya samak babi. Yang dicop wahabi memang lah cakap yang benar apa dia tahu. Samak tu cuma kias imam syafie. Dia tak pertikaikan pun keulamakan Syafie tapi yang anti wahabi ni dok api api kan. Orang cam kita baru lah tahu ada kilaf ulama'. Islam tu tak menyusahkan. Misal nya di pejabat ada sink untuk cuci. Yang cina kapir ni bawak makan babi. Basuh kat sink yang satu ni. Kalau kita tak tahu khilaf ni, sink tu kena disamak dulu. Kan payah tu.! Kalau kat singapura tu food court campur. Jadi yang islam jual makanan kat situ macam mana. Dia punya pinggan kena samak ke ? Ustaz yang anti wahabi tak pulak keluar kan dalil nya mesti samak tapi yang di ungkit nya macam lah imam syafie tu tak pandai. Tapi mahzab lain yang tak sependapat dgn syafie tak betul ke ?

Ana berpendapat, ini cuma masalah penerangan . Mungkin juga takut atau taksub pada ketua. Misal nya kalau ketua /imam kata tak yah buat qunut , cakap lah tak setuju..berbincang lah ..tapi tak nak cakap takut menderhaka . Buat lah penerangan masa khutbah jumaat misalnya. Cerita pasal tahlil. Nabi pernah buat tak. Cerita lah topik topik yang ada kekeliruan... bukan nya buat gabungan anti macam nak bergaduh je.Atau pun ISTIAC tu ajen Amerika / Yahudi suruh kita sama kita bergaduh?


Yang kita patut buat adalah anti Sisters in islam. Baca di sini http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/13/nation/3239976&sec=nation

wallahua'lam

azri

Tanpa Nama berkata...

AMIL

To Azri...Sister In Islam memang jelas kepesongannya. Tapi wahabi nie perlu difahami selok belok dan putar belit ajarannya.Berapa ramai orang Islam Malaysia dah berpecah belah hanya kerana fahaman yang dibawanya. untuk pengetahuan Azri, wahabi tu bukan saya berselisih dan berbeza dalam membahas hal hal berkaitan ibadah tapi terang lagi bersuluh bertentang dalam hal Aqidah. jadi kalau aqidah sepatutnya tidak boleh ada khilaf. Aqidah wahabi jelas bercanggah dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tapi wahabi ni di berselindung disebalik slogan kembali pada al-Quran dan as-Sunnah. Tapi mereka menolak Ijma ulamak dan Qias. Saya cadangkan Azri ziarah blog www.al-subki.blogspot.com, dlm blog ini banyak kupasan tentang wahabi...banyaklah membaca. Saya dah malas nak layan kerenah wahabi nie. Sangat melampau. Pengalaman , saya pernah diserang dgn takde ada adab dipejabat oleh puak2 wahabi nie. So selamat menelaah blog ustaz dan juga link2 nya.

Azri berkata...

Salam AMIL,

Ana tak pernah diserang "Wahabi". Dan ana tak tau siapa dia yang dimaksudkan. Yang ana dengar cuma kutukan oleh sebab sebab yang tak jelas...seperti contoh yang dah diberi..sebab sebab cabang saje. Sebab tu ana skeptikal..perhaps ini cuma satu usaha untuk buat kita sama kita gaduh tak tentu pasal.

ana tak jumpa dlm blog subki tentang akidah yg terpesong ..tolong link kan

Hunny berkata...

To Azri,

Tahniah sebab Azri ada inisiatif untuk mendapatkan info mengenai Wahabi. Untuk makluman Azri, persoalan2 yang Azri timbulkan itu ada dibahaskan dalam satu mesyuarat, mengenai hala tuju MAIS dalam mengawal dan memperkasa akidah umat Islam, salah satunya adalah memerangi fahaman lain selain ahli sunnah wal jamaah, termasuk Wahabi dan trend2 yang membawa kepada liberalisme dan pluralisme. Beliau juga menyebut mengenai Sisters In Islam, serta AMeena Wadud. Juga ada dicadangkan di dalam mesyuarat tersebut supaya diadakan penjelasan2 mengenai apa silapnya fahaman ini dan apa konsep yang nak didepankan.Insyaallah, nanti jangan lupa plak datang dan join program2 penerangan yang pihak JAIS buat! :-)

Azri berkata...

Salam ustazah.

Sisters in islam buat banyak kekeliruan. Samapi sekarang tak siapa ambil tindakan. Kumpulan tu bukan nya ramai pun ..berapa ekor aje tapi masyaAllah dia punya pengaruh kalah jin eprit. Konvension yang dia orang buat ni musawah..belanja mesti besar punya..siapa sponsor ? Ada orang Mais attend ke ..sebagai permerhati tak menghina islam.? Ana pelik kenapa jakim ke Mais ke majlis fatwa ke etc lembik nak lawan pompuan pompuan nih

Tanpa Nama berkata...

awat panggil el muhammady??bukankah dia pelopor aliran sesat tal tujuh!!

Husaini berkata...

Baiklah buat mesyuarat anti-syiah, kalau nak cari daripada sejarah, Syiah terang-terangan musuh Islam. Akidah mereka yang lebih menyimpang daripada ASWJ, ini boleh didapati daripada kitab-kitab utama mereka sendiri. Apakah pihak yang mengemudi mesyuarat ini hanya membutakan mata terhadap perkembangan Syiah di Malaysia ini?Jangan terkejut, anak-anak Syiah Malaysia kecil-kecil lagi telah dididik memukul diri pabila tibanya musim Karbala.

Apakah itu tidak lebih membahayakan?

Bacaan lanjut untuk saudari:
1. ISU Wahabi: Tingkap yang disangka Pintu http://saifulislam.com/?p=1801

2. Manhaj Salafi dan Krisis Hati
http://saifulislam.com/?p=401

3. Takut Jadi..Takut tak menjadi
http://saifulislam.com/?p=3707

Ariff berkata...

quote--> Azri, banyak yang Azri kena dapatkan maklumat mengenai Wahabi.

ustazah juga perlu dapatkan maklumat mengenai wahabi. juga mengenai uthman el-muhammady yang dengan bangganya membentangkan ajaran nur muhammadnya yang sesat sebagaimana diftawakan oleh JAKIM sendiri.

macam mana dia hendak ulas pasal orang lain sesat kalau fikiran dia sendiri ikhtilat dengan teori kefalsafahan yang rancu dan ghalat?

dan siapa pula uthman el-muhammady untuk membangkitkan isu nur muhammad yang teorinya diasaskan oleh ibnu 3araby yang divonis kafir oleh para ulama3 besar?

ibnu sirin pernah berkata dengan satu perkataan yang amat berharga;

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

"sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambilnya."

ustazah merupaka peguam syari3e, dan tentu sekali kenal ibnu sirin.

kalau saya jadi ustazah, saya tengoklah dulu dari siapa yang saya dengar akan 'ilmu baru' itu.

--> Alasan, semua tu bida'ah. Habis, konsert Rihanna, program Akademi Fantasia, Sure Heboh, tak ada la pulak depa kata bida'ah? Perkara2 yang mendorong orang Islam kepada mengingati kematian (ada dalil) membesarkan Allah (ada dalil), qunut ( ada dalil) semuanya bidaah, tak boleh buat, tapi benda2 maksiat tak bidaah la plak? To Azri, fikir2kanlah, mudah2an anta dijauhkan dari fahaman ini..

eh. ustazah? sepanjang ustazah belajar usul al-fiqh, tak jumpakah tajuk bida3ah dan juga ma3siah?

konsert rihanna, AF, itu adalah ma3siah. siapa kata so-called wahabi tak pernah menentang ma3siah? tidak bacakah mengenai faizal tahir pernah dibantai oleh 'wahabi besar' bernama dr asri itu?

belajar usul al-fiqh mesti pernah jumpa term; al-bayyinatu 3ala al-mudda3i wa al-yamiinu 3ala man ankar.

maka, sebelum ulas dan dengar sejarah dongeng oleh orang yang tidak terpercaya (baca: tidak thiqah) seperti uthman el-muhammady itu, buat penilaian yang lebih tepat. wassalam.

Hunny berkata...

To Ariff, Husaini dan Tanpa nama,

Terima kasih atas komen2 anda. Insyaallah saya akan kaji dan jawab semua persoalan.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum!

Saya dah terpengaruh dengan fahaman Wahabi agak lama juga. Kalau ada ustaz dan ustazah boleh sedarkan saya, bolehlah jumpa.

Tanpa Nama berkata...

/Habis, konsert Rihanna, program Akademi Fantasia, Sure Heboh, tak ada la pulak depa kata bida'ah/ Petikan dr Nurhani Salwa

Lain2 sy x mau komen cuma cth yg saudari bawa agak kelakar juga. Saudari duduk dlm mesyuarat tersebut rata2 yg hadir org yg diberi kuasa oleh kerajaan. Pasal x bincang perkara2 diatas. Bg saya byk lagi benda perlu diutamakan. Bukan pasal wahabi pasal politik pun dah pecah belah. Ada masjid parti ni nak kuasai ada masjid parti yg satu lagi nak kuasai.
Tu rempit, disco2, pelacuran, lelaki lembut, penkid bila nak bincang.

Tanpa Nama berkata...

Tak yah p jauh2..sampai saudi..kat negeri Perlis camna...
Satu negeri sesat kaa...tak pula depa p perang negeri2 lain. P halalkan darah org negeri kedah ke...penang ke...Bila baca kadang2 heran juga. Betul ke apa yg u tulis tu.

Aku tgk kat masjid aku org tabligh ramai. Orang 'wahabi' pun ramai orang x 'wahabi' pun ramai. Bagus le masjid penuh. Mana yg tak mau doa..depa bangun la... takda sapa2 bising.

Tanpa Nama berkata...

Salam to Tanpa Nama,

Terima kasih atas komen anda. Untuk makluman, Penulisan dalam blog ini semuanya pandangan dan peribadi saya berdasarkan kepada pengalaman yang ditempuh. Saya hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai NGO, bukan sebagai pegawai kerajaan.Nama pun mesyuarat anti wahabi, takkan bincang benda lain. Lain2 perkara tu, semestinya ada platform dan perbincangan yang lain. Anta pun boleh bincang juga. Ada ke saya sebut sesat? Rasa macam tak ada. Satu lagi, rasanya saya ada nyatakan beza golongan yang ekstrim dan tidak. Mungkin anda golongan yang tidak ekstrim, sebab tu tak ada masalah di masjid yang anda hadiri. Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

TK atas balasan.

Sy cuma quote komen2 anda. Jadi pd pandangan sy anda telah keterlaluan sbg cth "Mula2 isu samak atau tidak. lama2 babi pun halal!" Kenyataan anda telah melampau dan bersangka buruk. Terang dan jelas babi itu haram tp anda tidak adil dlm memberi hujah oleh kerana sudah ada dlm diri anda prasangka buruk.

Sila lihat firman Allah
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173)

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa (Surah al-Hujurat: 12).

Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

"Bukan nak bergaduh, cuma nak pertahan agama Islam, yang kucar kacir disebabkan orang Islam sendiri.Berapa banyak masjid yang AJKnyer bertelagah disebabkan larangan membaca qunut, tahlil, talkin oleh puak2 ni. Alasan, semua tu bida'ah. Habis, konsert Rihanna, program Akademi Fantasia, Sure Heboh, tak ada la pulak depa kata bida'ah? Perkara2 yang mendorong orang Islam kepada mengingati kematian (ada dalil) membesarkan Allah (ada dalil), qunut ( ada dalil) semuanya bidaah, tak boleh buat, tapi benda2 maksiat tak bidaah la plak?"
Ini adalah petikan dr komen anda.

Mungkin anda keliru perkataan bidaah sehingga anda tidak dpt bezakan. Oleh kerana itu anda menyamakan program2 maksiat dgn bidaah.
Anda fahami apa itu bidaah dan sapa yg mula2 menyebut bidaah?.

Satu lagi, ketika pertemuan mufti2, kenapa tak bermuzakarah antara mufti perlis dgn mufti negeri lain2 terutama Selangor. Kan senang.

Saya cadangkan diwujudkan NGO mengislamkan org2 kafir di Malaysia.

Abuanwar

Tanpa Nama berkata...

jaga jaga dengan percakapan masing2..

setahu saya, geng yg d cop 'wahabi' ni (walaupun mereka tidak menemakan mereka wahabi) x pernah lekang dengan dalil al-quran n Assunnah semasa mengemukakan hujah mereka..mereka juga mengambil pemahaman para sahabat n generasi yg awal terhadap al-quran n Assunnah...kerana generasi ini yg d iktiraf oleh rasul (sebaik2 kurun ialah kurunku, kemudian yg mengikuti mereka, n kemudian yg mengikuti mereka..hadis sahih)

n pada pengamatan saya geng yg anti wahabi ni byk bercakap pasal ulama ni kata ulama tu kata..kebykan tanpa dalil quran n sunnah...

takan kita nak membelakangkan dalil quran n sunnah n ikut kata2 ulama yg kita x pasti dalil nya..

bukankah ini boleh membatalkan iman?

yg penting kaji ilmu dari kitab2 yg muktabar, bkn hanya baca d blog & terus menghukum...

saya ada kenal bbrp org yg d cop wahabi, mereka ini bkn org sebarangan, doktor pakar, pakar ekonomi, ahli akademik,,,golongan yg terbiasa dengan pembelajaran n perbincangan evidence based...

begitu jugak dengan agama ini, mestilah evidence based,, berdasarkan al-quran n assunnah,,bkn pandangan ulama semata..

pandangan ulama tidak dapat berdiri sendiri tanpa alquran n assunnah..tetapi al-quran n assunnah tidak memerlukan ulama untuk berdiri...

allah maha mengetahui

Hunny berkata...

Salam Abu Anwar,

Saya akui contoh saya kurang sesuai. Nanti saya cari contoh lain.Berkenaan dengan muzakarah mufti Perlis dan lain2 mufti, kita telah wujudkan muzakarah fatwa kebangsaan dan jawatankuasa fatwa kebangsaan yang ahlinya terdiri dari mufti negeri-negeri. Idea untuy\k wujudkan NGO mengislamkan orang kafir adalah idea yang baik, tapi dah banyak NGO macam tu, PERKIM, MACMA, ABIM, HIDAYAH, dll yang banyak membantu Jabatan Agama Negeri dalam dakwah dan pengislaman.Wallahua'lam

Hunny berkata...

To Tanpa Nama,

Tak mudah nak cop orang Wahabi. Saya pun tak semudah tu nak cop orang Wahabi. Entry ini adalah pandangan saya sahaja. Allah Lebih Mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

mungkin puan bole dgr ucapan dr asri sendiri...bukak laman webnya,,drmaza.com.

click pd kuliah siber,,dengar dan nilai

Hunny berkata...

Salam Tanpa Nama,

Rasanya tak ada langsung saya mention pasal ex mufti perlis ni dalam entry ni.. apapun, insyaallah, saya akan jengah juga ke blog nya nanti.

Ariff berkata...

assalamu3alaikum. ustazah masih belum jawab soalan saya.

Tanpa Nama berkata...

walaupun tak mention nama ex mufti perlis..tapi die merupakan ikon wahabi malaysia..(menurut mereka yg anti wahabi)

sebab tu kene dengar ucapannya..huhu

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustazah,

Maaf dari apa yg ustazah tulis nampak benar dangkal nya ilmu Ustazah...Maaf lah...kalau diteliti nama2 besar yang hadir kat meeting tu, kesian kita umat Islam, orang besar buat kerje kecik dan tak sepatutnya diperbesarkan pun...

Tanpa Nama berkata...

tumpang sekaki ..akidah org wahabi Allah di atas langit..kalau Allah di atas langit bermakna Allah perlu pada tempat,kalau allah perlu pada tempat bermakna Allah sama dengan makhluk..kalau sama dgn makhluk bukan Allah la tuu ..barang siapa menyamakan allah dengan Makhluk apa hukum ?????cari la sendiri..

Hunny berkata...

Salam to Tanpa nama,

Dangkal? Kalau kerja untuk memulihkan akidah bukan kerja besar, silap besar tuu...

Tanpa Nama berkata...

Help me...aku telah terpengaruh dengan wahabi.....

Tanpa Nama berkata...

Dangkal kerana tak tahu apa tu wahabi, apa tu tak wahabi...kalau Wahabi sesat mengapa JAKIM kata tak sesat..rujuk pihak JAKIM untuk penjelasan..apa akidah yang ingin dibetulkan?...yg kata Allah tu berjisim ialah dakwaan anti wahabi kpada wahabi...mereka yg dituduh wahabi tu tak pernah kata pun Allah tu berjisim...term wahabi tu pun sapa yg cipta..puak penjajah...yg kita orang Islam ni tak malu2 jaja...mcm istilah Islam pengganas dsb...

Kak ustazah, baik luangkan masa menadah kitab dari menghabiskan masa dan umur memperjuangkan benda yg tak tahu hujung pangkal...apa yg ustazah sebut sebagai kesalahan wahabi tu bukan wahabi yang kata...cuba cek amalan mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali...jgn la dok ambik satu mazhab saja..kalau ada masa jom kita belajar hadis...baru terbuka sikit fikiran...

Tanpa Nama berkata...

senang ustazah cari info pasal wahabi ni kat alahkam.net, baru lah boleh menilai dgn adil...

Mohd Masri bin Mohd Ramli berkata...

Assalamualaikum wbt,

Berapa banyak kitab Wahabi yang Kak Nurhani dah baca? Berapa biji kitab tulisan Shaikh Muhammad b Abdul Wahab,orang yang dikata pengasas wahabi yang pernah akak baca. Yelah orang yang nak tuduh orang lain sesat mestilah baca dari sumber primer. Kalau dah tuduh Wahabi sesat, mestilah pernah baca kitab-kitab tulisan Muhammad b Abdul Wahab kan. Kalau tak pernah baca, maksudnya tuduh semberono. Semua orang boleh dakwa dakwai orang tu sesat, orang ni sesat, tapi bila suruh bawa bukti?

Mengquote dakwaan atau tulisan orang lain yang menyatakan si folan sesat, bukanlah bukti, ia adalah dakwaan. Nak bukti, kena check sumber primerlah, buku-buku Wahabi sendiri.

Jadi ulangan soalan, apa kitab-kitab Muhammad b Abdul Wahab yang akak dah baca.

Akak pengamal undang-undang kan? Pasti tahu satu prinsip bahawa beban pembuktian adalah pada orang yang menuduh.

Sebut nama-nama kitab tu.

abuirfan berkata...

Salam,

Kadang-kadang dalam membicarakan beberapa isu kita selalu lupa kepada perkara-perkara penting yang mesti kita ambil kita. Bila kita sebut wahabi, cuba kita tanya diri kita balik:-

1) Apa itu wahabi?
2) Dimanakah kesalahan wahabi?
3) Adakah yang dikatakan wahabi itu bercanggah dengan ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah?

Saya pasti Kak Nurhani adalah seorang yang sangat bijak dan mempunyai kemampuan akal yang tinggi untuk menilai sesuatu.

Cuba luangkan masa mengkaji soalan-soalan diatas tu. Semoga kebenaran berada bersama dengan orang-orang yang sentiasa mencarinya. Dan semoga Allah memberi petunjuk kepada Kak Nurhani tentang ajarannya.

p/s - Sepanjang pengetahuan saya, tak pernah ada seorang pun yang dikatakan wahabi mengaku sebagai wahabi. wahabi itu hanyalah label yang diberikan kepada mereka. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

Wassalam

sierra2u berkata...

Setuju dengan abuirfan,sebagai seorang lawyer tentunya sdri tahu bhw dalam penghakiman mestilah didengar hujah dari kedua dua pihak,baru dapat ditentukan samaada salah atau sebaliknya.

Sekarang sdri hanya dengar satu pihak saja dan terus jatuh hukuman,Adilkah ini?

Cuba cari buku karangan Muhammad Abdul Wahab(yang dituduh bapak Wahabi)bertajuk 'At-Tawheed',ada terjemahanya yang membincangkan tentang akidah Islam.Baca dan nilai sendiri dimana kesesatan yang dibawa oleh beliau.

"Hanya Islam,Bukan Wahabi"

WA

Hunny berkata...

Salam kepada Tanpa Nama, Abu Irfan, Sierra dan Abu Usamah. Terima kasih kerana sudi singgah dan bagi pandangan serta mengingatkan saya, perkara-perkara yang perlu diperhalusi dan dikaji. Mudah2an semua kita mendapat manfaatnya.

Tanpa Nama berkata...

SAY NO TO WAHABI...SAYA DAH SESAT KERANA WAHABI AJAR ORANG BIDAHKAN ORANG.ORANG WAHABI KASAR DAN PERIBADI KURANG AJAR. SOMBONG DAN BONGKAK BILA BERKATA DAN BERTINDAK, WAjAR DR, ASRI DITANGKAP. MCM BAGUS SGT. YANG TAK SOKONG LAGI RAMAI....SAY NO TO WAHABI.!

Hunny berkata...

To tanpa Nama,

Terima kasih atas sokongan anda. Semoga bersama-sama mempertahankan akidah ASWJ.

Zainal bin Ariffin berkata...

Berhubung dengan wahabi di Malaysia. Saya pun bertambah keliru. Kerana kebanyakan lulusan Hadis di cap wahabi.Lihat saja 7 pendakwah yang tak dapat tauliah di Selangor. Mejoriti mereka ahli hadis. Inilah nya jika main hentam kromo sahaja.
Kalau orang ngaji fekah jadi ahli fekah, orang nyagi usuluddin jadi ahli usuluddin, tapi orang ngaji hadis dicop ahli wahabi. pelik-pelik.

Tanpa Nama berkata...

blog al-subki.blogspot.com tu ada tercetak laman web lucah, tak taulah sama ada tuan blog tu sedar ke tak image yang dia ambil tu diletakkan di blognya.