Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 10 Februari 2009

Diari - Tetamu dari Balai...

Salam semua,

Pagi ini pejabat kami dikunjungi oleh rombongan pegawai-pegawai daripada BAKA IPK (Badan Agama dan Kaunseling) dari ibu pejabat kontinjen polis, Shah Alam. Lawatan tersebut yang diketuai oleh Puan DSP Hajjah Norraini antara lain bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai institusi Islam MAIS, dan bertukar-tukar pandangan mengenai program yang dibuat oleh MAIS. Berdasarkan penerangan yang dibuat oleh seorang ahli rombongan, BAKA IPK ini baru saja ditubuhkan pada penghujung tahun 2008, khusus untuk memberi bimbingan dan didikan agama serta kaunseling kepada pegawai-pegawai polis di jabatan tersebut.

Alhamdulillah, program ziarah tersebut, yang dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS, berjalan lancar. Antara persetujuan yang dicapai adalah kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam menjalankan program dan tanggungjawab jabatan. Sesi soal jawab juga berjalan dengan baik dan rombongan BAKA nampak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh pihak MAIS. Pada penghujung program, kami saling bertukar-tukar kad nama untuk terus berhubung pada masa akan datang.

Apapun pada pandangan saya, program taaruf dan suai kenal ini amat penting dalam sesuatu organisasi. Ini kerana, jaringan kerja antara organisasi amat perlu untuk menyelaraskan aktiviti masing-masing serta mengukuhkan hubungan dua hala. Kesinambungan dan kekuatan umat Islam juga dijana melalui konsep 'jemaah' yang dituntut di dalam Islam. Firman Allah swt di dalam Al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"( Al-Hujurat:10) Seterusnya, sabda Rasulullah saw," Muslim itu ibarat satu bangunan yang melengkapi sebahagiannya dengan sebahagian yag lain". Justeru, dalam memerangi unsur-unsur kesesatan dan kezaliman, kita perlu memperkasa ummah. Program-program taaruf dan ziarah-menziarahi di antara organisasi Islam perlu diteruskan, supaya ukhuwah semakin kuat, jambatan persaudaraan semakin erat. Pepatah mengatakan,"tak kenal, maka tak cinta".

Justeru, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan, untuk terus komited memperkukuh dan menyambung persaudaraan Islam. Mudah-mudahan ukhuwah Islamiyyah terus kukuh, ibarat bangunan yang dasarnya teguh, bertunjangkan iman yang utuh, dan tidak mudah luluh..Amin..

Ketua delegasi Badan Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Puan DSP Hajjah Noraini. Salute to ladies!!
YAD Dato' Setia Mohamad Adzib, Pengerusi MAIS, ceria melayani tetamu yang berkunjung. Kelihatan Ustaz Abdul Halem Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS yang turut hadir dalam program ini.
Cenderamata kenangan untuk dibawa pulang. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.

Insyaallah, mudah-mudahan pertemuan yang singkat ini mendapat keberkatan..

6 ulasan:

Mohamed berkata...

Pepatah ada mengatakan ; Tak Kenal maka Tak cinta. tetapi hakikatnya ; Tak kenal maka tak kenalah....:))

DrSam berkata...

majlis-majlis taaruf seperti yang saudari jalani ini dan majlis taallim memang perlu digalakkan sesama kita.

Leenoh berkata...

Program seperti ini memang tepat dan akur dengan kehendak Islam kerana tanggungjawab mengukuhkan Islam adalah tanggungjawab bersama, jika terdapat jaringan sedemikian maka sangatlah baik dan mempermudahkan lagi urusannya.
Wassalam.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

hani nnt kita wat taaruf sesama rakan blog plak heheheh..kira mcm gathering blog

Hunny berkata...

Mohamed,
Tq for the comments.

Dr Sam,
Majlis Taalim, jarang perkataan ini digunakan. Selalunya orang Tabligh yang guna:)

Pak Ngah,
Insyaallah, program seumpama ini akan diteruskan.

Fatahiyyah,
Cadangan yang baik. Insyaallah, satu hari pasti akan ku anjurkan.. hehehehe

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

heheh..iAllah..