Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 12 Mei 2009

Diari - Hari Tak Best Sedunia..

Salam semua,

Lama betul tak menulis sebab terlalu sibuk dengan tugasan pejabat dan mesyuarat yang tak habis-habis. Saat menulis entri ini, saya baru pulang dari Mesyuarat Pelaburan MAIS. Hari ini, diari saya penuh dengan Mesyuarat-Mesyuarat yang perlu dihadiri. Bermula pagi, ada perhimpunan bulanan. Hari ini pihak jabatan menjemput YB Dato' Dr Hasan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Selangor merangkap Timbalan Pengerusi MAIS untuk berucap. Memandangkan beliau seorang pakar motivasi dan penceramah, jadi, ucapannya boleh menyebabkan lutut menggigil juga kerana agak panjang, maka kami terpaksa berdiri lama. Selepas itu, saya sepatutnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS untuk menetapkan pemilihan AJK Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu Masjid bagi tahun 2009-2011. Bagaimanapun, disebabkan perlu menyiapkan satu laporan penting dan menyediakan kertas-kertas mesyuarat untuk di bawa ke dalam Mesyuarat MAIS pada 14hb ini, saya membatalkan hasrat untuk ke Mesyuarat tersebut dan memaklumkan kepada Bahagian yang terlibat.

Pada sebelah petangnya, saya sepatutnya menghadiri satu perbincangan bersama YB Penasihat Undang-Undang Negeri, tetapi dibatalkan kerana beliau MC. Saya menghabiskan masa membaca folder mesyuarat untuk malam ini. Disebabkan saya baru menerima folder tersebut pada pagi ini, jadi saya hanya sempat membaca sepintas lalu kertas-kertas cadangan yang ingin dibentangkan, sedangkan banyak persoalan berkaitan dengan undang-undang yang memerlukan pandangan daripada saya yang perlu saya kemukakan di dalam Mesyuarat tersebut. Bagaimanapun, memandangkan masa yang amat singkat dengan bilangan kertas cadangan sebanyak 15 kertas kesemuanya, saya hanya membaca point-point penting sahaja.

Yang tak bestnya, semasa mesyuarat berlangsung, banyak kritikan dan komen tak bagus yang saya saya terima daripada ahli-ahli mesyuarat disebabkan tindakan yang pada pandangan mereka tidak agresif di pihak saya, dalam menjamin kepentingan MAIS. Walhal rasanya dah 'poyo' dah membuat yang terbaik untuk MAIS..

Kalaulah ahli mesyuarat tahu, dah seminggu tak update blog sebab bz, (First time in my blogging life, selalu paling lama 3 hari.. ni dah 6 hari..) assignment tak hantar lagi sebab bz, (memang tak sempat!) telefon pejabat dan telefon tangan tak berhenti2 minta dilayan sebab bz, (fon pejabat dan hp 2, jumlah semua tiga.. pening nak jawab) semuanya sebab nak jaga MAIS dan agama.?!? Balik dah letih.. Andainya kau tahu.. Tapi takper arrr... Sabar jerr.. Mudah-mudahan Allah membalas dengan kebaikan, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Anyway, malas cerita panjang. Nanti membuka aib orang lain. Sekadar meluahkan rasa yang terbuku di hati. Maaflah kalau ada yang terasa. Sesungguhnya aku pun manusia biasa, ada hati dan perasaan..

"Mencari Redha Ilahi"

NSJ
Shah Alam
1.46 pagi
12 Mei 2009

7 ulasan:

..nOWa.. berkata...

=)..sabarlah kak hani..rank come with responsibility..

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Ingatkan tidak sihat lama tidak buat entri baru, maklumlah sekarang cuaca panas.
Betul kata noWa, bersabar, itulah nasihat keramat yang perlu dipatuhi, akhirnya perkara itu akan berlalu dan tinggal kenangan sahaja.
Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang dan semua orang tidak akan mampu memuaskan hati kita seorang.
Ala kulli ha kita ambil yang sederhana.

Hunny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hunny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
..nOWa.. berkata...

my superior pun membaca blog di waktu rehatnya..

Hunny berkata...

Salam Nowa and Pak Ngah,

Terima kasih atas pesanan dan nasihat anda. Mudah-mudahan Allah membalas dengan ganjaran yang besar. Sebab marah punya pasal, ada kemungkinan saya telah tersasar dari objektif asal blog ini, iaitu untuk berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Untung ada yang mengingatkan. TQ :)

Hunny berkata...

Salam Nowa,

Salam syabas saya untuk superior anda kerana Waktu rehatnya dimanfaatkan dengan baik.