Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 15 Mei 2009

Diari - Hari yang penuh ketenangan...

Salam semua,

Selepas melalui hari tak best sedunia, hari ini rupanya Allah anugerahkan saya satu hari yang penuh ketenangan.. Seawal pagi, saya bangkit tidur (walaupun sakit badan sebab main bowling semalam), rasa tak sabar nak ke pejabat. Lagipun pagi ada meeting di pejabat MTES SUK, kena lah pergi awal. Saya terus teringat belum buat talking points untuk Pengerusi MAIS, terus buka PC dan menaip. Jam 9 dah ada di MTES, terus serah talking points pada Dato. Mesyuarat bermula jam 9.30 dan tamat jam 12.30 tgahari. Banyak isu-isu dibincangkan dan diputuskan, termasuk memberi reward kepada sesiapa yang berjaya menangkap @ mengesan Abdul Kahar bin Ahmad, yang mengaku sebagai nabi.

Pada sebelah petangnya, saya menyelesaikan tugas-tugas pejabat dan menyemak kerja-kerja kakitangan bawahan serta surat-surat yang diterima. Hari ini saya balik awal sebab letih sangat. Punya letih, sampaikan boleh terlelap lepas solat Asar.

Pada sebelah malamnya, saya mengajak dua orang housemate menghadiri majlis kuliyah Ustaz Amin di seksyen 4 Shah Alam. Selepas kuliyah, kami solat Isyak dan solat hajat berjemaah dan berzikir memuji Allah. Rasa seronok dan tenang sangat. paling best, bila jumpa anak-anak yatim yang dipelihara oleh keluarga Ustaz, sejuk perut tengok diorang, dengan raut muka manis dan sentiasa tersenyum. Sempat saya bersembang dengan anak-anak yatim tersebut. Mudah-mudahan anak-anak ini akan berjaya dibimbing dan menjadi pelapis generasi selepas kita kelak. Wallahua'lam..

"Mencari Redha Ilahi"

NSJ
Shah ALam
14th May 2009

6 ulasan:

sentosa77 berkata...

Salam.. ish ada lagi kes orng yng mengaku nabi ni.. berdosa besar tu.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

anak2 yatim tu ialah..anak - anak murid kt kak..yg kadgkala menguji kesabaranku..sebagai seorg guru..hehehhe

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Hayatilah ketenangan itu dengan baik kerana ianya amat berharga.
Ketenangan itu hak Allah, bersyukur kerana telah memperolehinya bersama nikmat Islam.

Hunny berkata...

salam Zaidon,

kalau dapat tangkap, bagitau yer.. hehehe.. No hotline penguatkuasa JAIS 1-800-88-2525. Sebarkan pada umum.

Hunny berkata...

Salam Ayong,

Betullah.. Tapi betul rasa insaf, sebab sesusah2 kita sebesar2 ujian yang kita hadapi, anak2 yatim tu lebih patut dikasihani, dan dikasihi, tak berayah beribu.. huwaaaa!!lagi kesian.. Anyway,betullah orang kata, kalau kita tensen diuji, tengok orang lain yang ujiannya lebih berat dari kita...Kata nak join jadi pompom girl kak hani hari ni di Alamanda?

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Alhamdulillah...Mudah2an ketenangan ini berkekalan...