Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 12 Mei 2009

Diari - I am a survivor..

Salam semua,

Selepas Hari Tak Best Sedunia, hari ini saya melangkah ke pejabat dengan perasaan bercampur- baru, marah, benci, suka, duka.. Rasa tak bersemangat untuk buat kerja, rasa nak marah kat semua orang, rasa menyampah giler... Astaghfirullah.. Tapi sebab ada meeting pagi dan petang, I have to attend. Ramai juga yang jadi mangsa ketensionan ku hari ni.. maaflah sis/bro.. hati tengah panasss...

Walau hati panass, kerja tetap jalannn!! Dipendekkan cerita, pagi saya menghadiri mesyuarat bersama Prof Madya Dr Mohamad Azam Adil, pensyarah di CITU UITM untuk membincangkan projek kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh beliau bersama Bahagian Undang-Undang MAIS. Beberapa keputusan telah dibuat bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian. Selepas itu, saya dan beberapa kakitangan bahagian berbincang untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan pengendalian mesyuarat dan pengurusan kerja Bahagian Undang-Undang. Antara cadangan dan keputusan yang dibuat termasuklah memastikan perkara yang sebenar dan betul disampaikan di dalam mesyuarat yang dihadiri. Setiap kakitangan hendaklah lebih profesional dan berintegriti dalam memberi maklumbalas di dalam mesyuarat yang dihadiri.

Pada sebelah petangnya, sepatutnya saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengurusan kewangan MAIS, tetapi saya terpaksa menghantar wakil kerana saya ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di Tingkat 19, Menara MRCB Shah Alam untuk menghadiri perbicaraan kes MAIS di situ sebagai wakil bagi pihak MAIS. Selepas kes selesai, saya dan peguam MAIS serta seorang rakan minum petang sambil berbincang mengenai kes yang baru selesai. Saya kembali semula ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa perkara urgent sebelum pulang ke rumah jam 6.30 pm.

Sebelah malamnya, selepas solat Maghrib, saya menemani dua orang sahabat baik saya ke MPH di SACC MALL untuk membeli beberapa buah buku catatan. Alhamdulillah.. Kurang sket stressnya, sebab tengok muka orang-orang beriman.. hehehe... Saya kembali semula ke rumah dan menonton TV nak hilangkan tensen, tapi sebab cerita Melayu, saya kurang minat.. Saya pun teruslah memblog dengan harapan, hilang kemurungan yang dialami. Teringat pesanan Pak Ngah minta saya bersabar. Saya pasang lagu2 yang slow, untuk feel better.

Lagu survivor terngiang -ngiang di kepalaku. I am a survivor, I am not gonna give up.. I'm a survivor, keep on survivor.. Insyaallah, perjuangan tetap ku teruskan walau apa jua rintangan yang menghalang. Mudah-mudahan hasratku ini diredhai Allah..

Akhirnya, saya ambil wudhuk dan solat Isyak, sebelum tidur, dan di situlah aku temui ketenangan abadi yang hanya saya temui dalam solat.. Sesungguhnya hanya dengan mengingatiMu hati ini akan tenang.. Wallahua'lam..


"Mengharap Redha Ilahi"

NSJ
Shah Alam
10.40 pm
12 Mei 2009

10 ulasan:

sentosa77 berkata...

Salam.. bersabar la menghadapi cabaran dan segala masalah semasa kerja, nak buat cemane dah nama kerja, mesti ada cabaran.. tak kiralah apa kerja pun ..:)

nurhanisalwa berkata...

Salam En Zaidon,

Trimas atas nasihat tu.. Betullah... kena banyak2 sabar.. :)

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI berkata...

Ucapan Sekalung Tahziah dari Staf BUU. Konflik itu ada hikmahnya, adakalanya mengajar kita menjadi lebih profesional dalam membuat keputusan. Bersabar, berikhtiyar dan bersyukur itulah yang harus dilakukan.

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Dalam hal tugas atau bekerja Pak Ngah ada suatu pengalaman yang juga tidak dapat dilupakan, mungkin cerita ini dapat memberi sedikit tip kepada kekawan.
Untuk ringkaskan cerita, Pak Ngah bertugas di sebuah sekolah selama 15 tahun dan memegang berbagai tugas. Pada suatu hari iaitu hari diadakan Hari Anugerah Cemerlang.Pegawai Pendiddikan Daerah bertanyakan tentang tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Pak Ngah- pertanyaannya dijelaskan- Katanya seseorang yang bekerja keras atau bekerja kuat di sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama, akhirnya berbagai tugas akan ditimbunkan di atas bahu kita - tetapi tidak dihargai malah mereka menganggap kerja yang banyak yang kita uruskan itu sebagai perkara biasa - akhirnya pegawai tersebut bersungguh-sungguh menasihatkan supaya Pak Ngah minta tukar ke sekolah lain - Pak Ngah ikut nasihatnya- Di tempat yang baru Pak Ngah dihargai dan mendapat 3 anugerah cemerlang.Walaupun hanya beberapa tahun sahaja berada di situ.
Mesejnya (kekadang)orang yang sentiasa kerja kuat akan dilihat oleh rakan sejawat dan juga bos kita sebagai perkara biasa.
Untuk mengelakkan tanggapan ini berterusan kita hendaklah berterus terang dan menyedarkan mereka bahawa tugas kita telah memadai.
Apapun anggaplah apa yang berlaku itu sebagai thabit untuk menambahkan kematangan dan melonjakkan kita ke peringkat seterusnya.
Insya Allah ada bersamanya hikmah yang dapat dikutip dan guna pakai kemudian. maaf ye panjang pulak jadinya.

en_me berkata...

salam pagi khamis akak nurhanisalwa tewww..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

salam akak..banyak bersabar ye..setiap org pasti ada masalh tersendiri kan..doa bnyak2..mnta ketenangan itu jaln terbaik..lagi satu jgn marah2 nnti cepat TUA...heheh

Hunny berkata...

Salam pak Ngah,

Suka saya baca komen Pak ngah ni.. betul2 buat saya insaf, sebab baru kena tegur sket dah melenting... maybe saya perlu berterus terang ajer.. Alhamdulillah.. hari ni dah ok.. :) Tima kasih la sebab concern:)

Hunny berkata...

Salam pagi khamis to en me juga :)

Hunny berkata...

Juraish Al Muhami,

Betullah.. Terima kasih kepada BUU kerana memahami saya yang kadang2 terlebih serbuk perasa.. korang yang jadi mangsa.. Insyaallah saya akan cuba jadi orang yang lebih sabar berikhtiyar dan bersyukur..

Hunny berkata...

Ayong fatahiyyah,

Terima kasih kerana ambil berat..apapun, kak hani memang dah tua dahhh:)