Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 7 November 2010

Diari : Bila Aku Tak Pakai Telekung Sendiri..

Salam semua,

Semalam aku dan Raudah 'berjalan-jalan' ke Serdang. Tak pernah aku berjalan-jalan ke area Serdang sebelum ni. Ini pun sebab dijemput untuk 'makan-makan' kat umah Shikin. Disebabkan pertama kali sampai sini, kami berdua tersesat jalan, walaupun Shakirah dah bagitau 'panduan ringkas' ke sana.

"Nak senang, cari Hospital Serdang, then cari signboard MAEPS, MAEPS, then follow ajer signboard MAEPS tu. Umah dia dekat dengan MAEPS," terang Shakirah dengan penuh ringkas seolah-olah aku selalu sangat ke Hospital Serdang.

Aku rasa, sekali jer kot aku pernah ke sana, semasa menziarahi Allahyarham Tuan Kadhi Daerah Kuala Langat. So, memang aku tak ingat sangat jalan ke sana.Namun, berbekalkan kepada keyakinan bahawa Allah akan permudahkan urusan kita jika kita ikhlas dan falsafah tersendiri aku "kalau sesat pun, aku masih di Malaysia":D, so, aku dan Raudah meneruskan perjalanan ke Serdang. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 -40 minit, memakan masa selama sejam setengah, kerana kami tersilap masuk ke exit Putrajaya dan terpaksa 'makan angin' dulu di Putrajaya sebelum masuk ke Kajang dan 'bersiar-siar' pula di lebuhraya menghala ke arah Kajang.

"Ihdinassirotol mustaqim (tunjukkanlah kami jalan yang benar)," kata aku pada Raudah, dengan nada berlawak, namun sesungguhnya aku benar-benar berdoa kami berjumpa jalan yang betul. Alhamdulillah, setelah puas berpusing-pusing selama lebih kurang 30 minit, kami sampai di lebuhraya yang menghubungkan kami dengan Hospital Serdang. Saya terus memandu mengikut panduan yang diberi oleh Shakirah. Alhamdulillah, akhirnya kami berdua sampai di lokasi majlis tersebut.

Memandangkan waktu Zohor dah masuk, aku mengajak Raudah solat di masjid yang terletak berhampiran dengan lokasi majlis dibuat. Memang menjadi kebiasaan aku untuk membawa kain telekung sendiri kalau ke mana-mana, kerana biasanya telekung 'free' yang ada di masjid atau surau-surau especially yang kat shopping kompleks, memang 'kurang menyelerakan'. Susah nak jumpa yang wangi dan bersih. So, aku prefer bawak telekung sendiri, kecuali aku nak keluar sekejap ajer, dan sempat solat di rumah. Falsafah tersendiri aku, kita pastikan baju kita bersih dan cantik bila bertemu manusia (contohnya bila di pejabat), tetapi bila bertemu Allah, kita guna telekung yang smelly dan tak bersih. Sedangkan sepatutnya, bila bertemu Allah, kita kenalah pakai the best dress (telekung) yang kita ada. Ini falsafah tersendiri aku, sebab tu aku suka sangat beli telekung atau dihadiahkan telekung. Dalam koleksi telekung aku, 3 helai Kak Normi bagi, selai staff Bahagian Undang-Undang bagi, 5 helai kawan-kawan bagi, 3 helai aku beli sendiri. Ini pun rasa nak beli lagi yang macam Nora punya. Hehehe..:)

Tapi, to my surprise, telekung kat masjid ni, memang bersih dan suci. Sangat bersih kott! Sehinggakan aku tak jadi pakai telekung sendiri, sebab memang bersih! Bukan maksudnya telekung aku tak bersih, tapi nak beri pahala pada orang yang mewakafkan telekung tu dan yang bersihkan telekung tu. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan Allah beri rahmat kepada pewakaf dan pembersih telekung kat masjid tu. Siap dibubuh nila kott!! Anyway, kredit to Shikin and family:P. Semoga anda sekeluarga beroleh ganjaran dari Allah swt.

Bagi aku, bila kita pakai telekung yang kurang bersih, boleh menyebabkan kurang khusyuk kita dalam solat, sebab menahan bau yang kurang menyenangkan. Solat pun nak cepat habis., sebab tak selesa. Kadang-kadang doa pun tidak, apatah lagi berzikir. Sebab itulah, Islam amat menekankan kebersihan diri dan tempat solat. Kerana itu kita perlu berwudhuk, memakai pakaian yang bersih dan tempat solat kita perlu bersih. Hikmahnya supaya kita lebih khusyuk semasa menunaikan solat.

Untuk makluman semua, keprihatinan terhadap tahap kebersihan telekung di surau-surau di shopping kompleks ini juga turut membawa kepada penganjuran PROTEK 2010 (Projek Telekung oleh HELWA ABIM) yang dimulakan pada 12 Jun 2010 di Kompleks Beli Belah Sogo. Projek ini masih lagi diteruskan oleh penganjur (yang merupakan teman-teman rapat saya), dan saya dimaklumkan, mereka masih memerlukan sukarelawan-sukarelawan untuk mendapatkan pihak-pihak yang sudi waqaf/sedekah/hadiah telekung untuk mengganti telekung-telekung di Surau-Surau pusat-pusat membeli belah lain di Lembah Kelang. Selain itu projek ini juga mencari sukarelawan yang sudi mengambil/membasuh/membayar kos dobi bagi telekung-telekung lama yang akan dikutip daripada surau-surau tersebut.

Terkini, program ini diteruskan di Denai Alam Recreational Centre di mana Helwa ABIM memerlukan sumbangan telekung (PROTEK), sejadah untuk surau, permainan lama (untuk anak2 yatim yg dtg berkunjung) serta buku2 terpakai untuk pembinaan perpustakaan mini di kelab tersebut. Projek ini akan bermula pada 4 Disember 2010. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah email kepada Huda di alamat email huda@agc.gov.my untuk maklumat lanjut. Email pada saya pun boleh.:)

"Kebersihan, asas keimanan"
Nurhani

Shah Alam

Model muslimah bangga menggayakan telekung masjid yang bersih.

Bersih kan? Bandingkan bahagian muka telekung ini dengan telekung di tempat lain yang selalunya bertahi lalat dan smell smell not good.

Susun atur masjid yang kemas dan bersih.

Bahagian belakang ruang solat wanita di masjid lama ini. Kemas dan bersih..:)

Kredit kepada AJK Masjid ini. Walaupun bangunan lama, namun, kebersihan kawasan luar dan dalam masjid masih dikekalkan.

Pandangan dari luar pagar.

Kubah masjid lama ini membuktikan keuzuran masjid ini, namun masih kekal bersih dan kemas. Konsep kebersihan menurut Islam tak semestinya yang baru, tetapi yang bersih.

9 ulasan:

..nOWa.. berkata...

setuju! ruang solatnya sangat selesa dan rasa nak berlama2 di dalamnya...alhamdulillah.

incik berkata...

betul2...slalu jumpe yg bertahi lalat n smelly...
huhu
plus klw dkt mall..kdg2 pelik..toilet besar..cantik..tp surau diorang tempatkan kat tempat kecik je n x terurus sgt..
sedeh2..

Hunny berkata...

Nowa,

Betul! Rasa mau tido kat situ..:)

Hunny berkata...

Incik,

Tepat! Sebab tu kami usahakan PROTEK 2010. Untuk gantikan telekung-telekung hodoh dan busuk di mall mall sekitar Lembah Kelang.

ana berkata...

gi tunang shikin ker? dapat jemputan memang wajib gi klu xde hal... :P

Enh Ear berkata...

;) usaha sgt murni..
slalu kalo nk smbyg kat mall..
msti pk byk kali..

Unknown berkata...

baguihnya telekung tak kotor pun..

Hunny berkata...

Napa boss Shikin tak pegi?:P

Hunny berkata...

enhear,

alhamdulillah..sebab tu kena sokong! Majulah telekung untuk negara! :D

Adlina,
Itulah.. kalau semua masjid telekungnya macam ni, seronok kita nak bersolat..:)