Adalah menjadi satu 'pemandangan' yang biasa setiap kali aku pulang dari outstation, surat-surat dan dokumen di dalam tray 'IN' aku akan menggunung. Kalau kebiasaannya, aku boleh nampak Shakirah, staff aku yang duduk di hadapan pintu pejabatku, (susah beliau nak mengelat..:P), tapi kali ni, aku tak dapat melihat walaupun bayangnya kerana terlindung oleh dokumen dan fail yang membukit.
Sejak jam 8pg, aku meneliti dan membaca setiap dokumen yang cukup menyemakkan mata aku. Helai demi helai aku baca, buka, memikirkan tindakan lanjut dan meminitkan arahan lanjut kepada pegawai bawahanku. Lebih kurang 20 keping dokumen yang aku dapat semak dan minitkan sebelum aku melangkah ke bilik mesyuarat di Tingkat 10 bangunan pejabatku untuk Bengkel Semakan Rang Undang-Undang Wakaf Selangor.
Masih berbaki separuh lagi...
Sebelah petangnya, sepatutnya aku perlu menyertai sambungan bengkel. Namun, aku memilih untuk menyambung perjuangan 'helai demi helai'ku.. Shakirah masuk. Bincang. Selesai. Kemudian, Hamidah, penolong pegawaiku masuk untuk berbincang seketika. Selesai. Hamidah keluar. Rasyid, pembantuku masuk. Berbincang. Selesai. Rasyid keluar. Nora masuk. Bincang. Selesai. Nora keluar. Fahimi masuk. Bincang. Selesai. Fahimi keluar. Zurinah masuk. Bincang. Selesai. Zurinah keluar.
Dah 5.30 petang. Aku ada janji dengan Shikin dan Nora nak pergi SACC Mall beli hadiah. Malam ni ada majlis hari lahir Najah dan Iman, anak buahku. Aku masukkan dokumen yang berbaki di atas meja ke dalam beg jarang aku. Malam tadi tido jam 2 pagi kerana semak dokumen dalam emel. Malam ni? Entah!!
Hmmm... Helai demi helai... Kerana amanah, aku teruskan.. Moga Allah terus beri aku dan teman-teman lain kekuatan untuk melaksanakan amanah yang diberi. Aminn..
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
8 ulasan:
Salam...
Buatlah dengan tenang dan tabah, insya Allah akan siap kerja tu..
Encik Razak,
Insyaallah.. Pelan2 kayuh..:)Thanx for the support..:)
kak hunny...
xpe, itu amanah kita kan sebagai pekerja yg dedikasi...
keep it up...
teruskan usaha akak...
dont give up...
make smile always...
hati kena gembira tau...
WR,
Baik Yang Arif!..:)
banyaknye dokumen...nasib baik tak tertimbuskan? hehehehe
Ana,
Kalau tertimbus, sila tolong angkat saya dari timbunan docs itu yerr..:)
salam...
sabar ye.. semoga tenang menyemak file... klu tak tenang jadi mcm akak semalam.. huhuhu
Ratu kebaya,
Thanx for the support..:)
Catat Ulasan