Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 25 November 2010

Diari : Kenapa aku suka main badminton..

Salam semua,

Tadi, aku training badminton dengan Nora, Ina, Elly, Shafinas. Syok weh! Berpeluh-peluh sakan kami hari ni. Maklumlah, perlawanan persahabatan dengan Angkatan Tentera Malaysia hari Sabtu ni. Hari Sabtu game, hari ni baru nak training.. Hebat kan kami? Nak lawan ATM yang gagah perkasa kot!! :P 

 
  Badminton boleh buat tangan kita melentik macam ni.. Hebat kan?
Walaupun tak ada pertandingan, aku sebenarnya memang suka main badminton. Even aku tak pernah dapat proper training pun untuk sport ni, aku still nak main. Maybe aku betul-betul SUKA SANGAT game ni!! Sebab, aku boleh eksesais, berpeluh dan rilekskan fikiran. Main badminton mana boleh dok setempat jer weh, konfem kalah! Kena banyak bergerak, lari, lompat, walaupun slow motion macam aku. Depan, belakang, kiri, kanan. Cewah!


Badminton ni pun sesuai untuk semua usia. Muda (macam aku), tua, kanak-kanak, ibu-ibu yang penyayang... Sebab game ni indoor game. Rileks sket permainannya.

Walaupun pukulan aku tak sehebat Lin Dan atau Chong Wei (haha) dan sesungguhnya aku selalu pancit bila main badminton, aku tetap suka main badminton. Rasa best jer bila dapat pukul shuttle cock tu kepada pihak lawan, dan lawan kita terkial-kial nak balas pukulan kita. Especially kalau aku kasik kat depan jaring.. Jenuh la kawan tu nak berlari untuk pukul balik. Puas hati! Paling best, time smash. Pergghhh!! Kalau smash, kena badan pihak lawan, lagi terbaekk!! Sebab susah dia nak balas balik.

Lagi-lagi kalau ada aksi 'terjatuh' atau tersenggol, lagi menarik permainan tu, kan Nowa?..:)
Tapi, sebenarnya aku sangat takut kalau aku terjatuh time bersukan, termasuklah badminton. Sebab aku pernah jatuh dulu masa bersukan, dan kesannya masih terasa sampai sekarang. So, aku tak mau, jatuh lagi...


Kan seronok kalau dapat main badminton hari-hari..:)





"Badan Sihat Otak Cergas"

Hani

Shah Alam

10 ulasan:

beautiful_rose berkata...

jom main badminton dgn aku...tgh x de geng nieh.

Abd Razak berkata...

assalamualaikum...

Lama tak ke sini, apa kabar? Moga sihat hendaknya..

Saya pun suka game ni..

Hunny berkata...

BR,

Jom! Best tu.. tapi kat mana?

Hunny berkata...

Abd Razak,

Boleh la buat perlawanan persahabatan dengan geng2 blogger.. amacam?

ana berkata...

dah lama tak bersukan...

SURIA AMANDA berkata...

x reti nak main badminton..nak sekarang dah besar perut..

sukaxplo berkata...

salam..
besh kalau dapat keluarkan peluh tetiap hari

dah ada member dan masa, teruskan mende yang baik itu

Hunny berkata...

Jomlah bersukan hari Sabtu ni Ana...:)

Hunny berkata...

Suria,

Mengandung ker?

Hunny berkata...

Jinkamen,

Yupp!! Betul!!:)