Salam semua,
Esok Raya Haji 1431H, atau di kalangan orang Melayu Islam, kita panggil Raya Korban, kerana bermula 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun, kita diharuskan melaksanakan ibadah korban. Ibadah ini sangat-sangat dituntut dalam Islam.  Antara hikmah pensyariatan ibadah korban adalah:-
1) Sebagai salah satu cara mendekatkan diri  kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita ikrarkan  dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan  matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala". 
2) Ibadah  korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu  Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.
3) Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam  yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai  korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam  sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin  Arqam, dia berkata: Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :
"Ia  adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan  kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi  setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana  pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap  helai bulu ada kebajikannya".
4) Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban  sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
5) Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu  dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau  meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
6) Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam  diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail  Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa  cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala. (Ini aku ambik dari sini, terima kasih lah atas info yang diberi).
Aku tak mau cerita panjang pasal ibadah korban, sebab ramai ustaz-ustaz dah cerita.Aku cuma nak tanya, 
Korang buat korban tak taun ni? :P Kalau buat, bagusss!! Kalau tak, berdoalah supaya kita dimurahkan rezeki untuk buat ibadah ini tahun depan.
Korang perasan tak, walau kita tak buat ibadah korban, sebenarnya, hari-hari kita berkorban. Kalau yang bekerja, berkorban masa dan tenaga serta akal fikiran untuk bekerja. Yang tak bekerja, berkorban masa untuk cari kerja, sebab kalau tak bekerja, mana nak dapat duit. Silap2 haribulan, dia pulak yang terkorban! Si suami berkorban masa mencari nafkah untuk isteri (atau isteri-isteri) dan anak-anak. Isteri pulak, berkorban masa dan keringat untuk membesarkan anak-anak. Ada jugak isteri yang bekerja demi membantu suami masing-masing. Aku salute isteri macam ni..:) Aku? Hari ni, aku terpaksa korbankan waktu tidur siang sebab tolong mak buat kerja rumah dan jadi bibik Najla...:P Haha.. 
Aku percaya, ramai jugak di antara kita yang terpaksa korbankan 'perasaan' demi orang yang mereka sayang dan cinta. Berapa ramai ibu-ibu yang sanggup lupakan perasaan mengantuk waktu malam untuk buat susu anak, berapa ramai bapak-bapak yang terpaksa meninggalkan isteri dan keluarga untuk misi-misi 'kerana agama', berapa ramai kakitangan yang sanggup bersengkang mata buat paper work, dan sediakan maklumbalas untuk siri audit yang dibuat di jabatan, semata-mata nak kekalkan kecemerlangan dan reputasi jabatan yang tersayang. Pak Menteri korbankan masa rehat masing-masing untuk jumpa rakyat. Aku? Mengorbankan perasaan dan impian hidup untuk kebahagian orang lain? Ini kira berkorban ke? :P Allah saja yang tau. 
Ramai jugak yang sanggup 'mengorbankan' diri untuk orang yang mereka sayang. Tak caya, tengoklah bilangan remaja hamil luar nikah yang semakin meningkat, sehinggakan terpaksa dibina sekolah khas bagi golongan ini. Semua tu, berkorban demi cinta. Terkorban pun kerana cinta. Macam kes Merapi, ramai yang terkorban sebab teringat lembu dan ternakan mereka yang ditinggalkan. Akhirnya, nyawa masing-masing tergadai. Pengorbanan macam ni jangan diikut. Sia-sia aje. Bukan dapat pahala, tapi dapat bala, dapat dosa, dapat cela.
Pada semua, selamat Hari Raya Korban. Selamat menunaikan ibadah korban kepada yang berkorban. Laksanakannya dengan penuh ikhlas demi mendekatkan diri pada Allah.Yang tak buat korban, niatkan untuk buat korban tahun depan. Pasang niat dulu, insyaallah dipermudahkan Allah. Tak salah berkorban demi cinta, asalkan pengorbanan yang dibuat semuanya berasaskan cinta kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata. Eid Mubarak 1431H. Selamat berkorban demi Allah dan agama.
"Salam Eidul Adha 1431H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor


 
 
3 ulasan:
salam aidiladha! :)
salam aidil adha hunny...
Fara dan Kak Nab,
salam eid mubarak. Kullu amin wa antum bil khair..:)
Catat Ulasan