Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 27 November 2010

Diari : Memberi kuda minum sebelum pergi berperang...

Salam,

Ada pepatah mengatakan, kalau nak gi perang, jangan bagi kuda kita minum banyak-banyak. Nanti dia tak larat lari, sebab penuh air. Senang la nak kalah dalam peperangan. Ye ke?

Bukan apa.. Esok aku, Nora , Shakirah dan beberapa orang kakitangan pejabat aku, akan 'berperang' dengan batalion Angkatan Tentera Malaysia. Berperang kat padang bola jaring, bola tampar dan badminton. Giler kan? So, petang tadi, aku, Nora dan Shakirah, sangat poyo konon-konon nak training volleyball dan netball (aku tak pandai main netball kot!). Then, tadi, start jam 9 malam till 11 malam, aku, Nora, Ely dan Nor, berlatih badminton pulak kat STC Meru. Giler kan?

Sekarang ni, kaki belah kiri aku dah rasa sakit-sakit. Agaknya sebab dah 3 hari training badminton dan volleyball. Aku rasa, betullah pepatah tu...

Huwaaa!! Tak mau la kalah sebelum berperang!!!

Tapi, aku dah usaha. Sekarang, tinggal main dan berdoa ajer.. Pada semua teman di alam maya, doakan kami dapat bermain dengan baik esok yer.:) Thanks!


"Badan Sihat Otak Cergas"
Hunny
Shah Alam

 

4 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Selamat berjuang, agaknya kaki dah sakit tu boleh main ker?

Hunny berkata...

Waalaikumsalam,

Insyaallah.. Buleh main lagi ni..:) Kalah menang nombor 2..:)

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Hani memang pun ada dua saja...kalah atau menang...turunlah dalam keadaan menang dan kemenangan itu perlu dipertahankan..insya Allah akan kekal menang...hehe berfalsafah pulak.

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Tak ada rezeki nak pertahan kemenangan. Tapi still seronok. Cuma tertinggal dua mata..:)