Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 28 Januari 2009

Berpesan-pesan - "Sampaikan dariku walaupun satu ayat"


Salam semua,


Setelah 2 hari meninggalkan pejabat kerana cuti Tahun Baru Cina, hari ini saya dihujani dengan panggilan telefon yang tidak putus2. Ketiga2 telefon saya silih-berganti berdering2. Ada masanya, berdering serentak.. Pening2, tak tau nak angkat yang mana. Tapi saya tetap melayani semua panggilan sebaik mungkin, kerana sudah pasti pemanggil itu mempunyai hajat menelefon saya. Bermula dengan isu waqaf hartanah di Perak, kemudian maklumbalas kepada pihak bank mengenai perjanjian jual beli rumah, jual beli tanah, pindahmilik, jual beli saham, maklumbalas mesyuarat, meetings, isu ajaran sesat, wahabi, pentadbiran masjid, pembentangan kertas kerja untuk persidangan minggu depan, kes mahkamah.... Kalau ada firm sendiri, dah kaya nih, banyak kes masuk.. Hehehe.. Yang paling penting, mereka menelefon saya untuk menyampaikan hajat masing2, sama ada untuk mendapatkan nasihat dan pandangan perundangan atau untuk meminta saya menjadi 'orang tengah' untuk menyampaikan pesanan mereka.


Dalam banyak2 kes dan isu yang dikemukakan, ada satu isu yang menarik perhatian saya, iaitu apabila seorang kakitangan, Cik A tidak berpuas hati dengan pegawai atasannya, kerana memberinya markah penilaian tahunan yang rendah. (Untuk makluman, kami menggunakan Borang Laporan Penilaian Tahunan yang digunakan oleh agensi kerajaan, dan pegawai atasan perlu menilai pegawai bawahannya). Cik A bertemu dengan saya meminta pandangan dan nasihat saya untuk menyelesaikan isu tersebut. Walaupun masalah yang dibangkitkan tidak ada kaitan dengan undang-undang, saya tetap mendengar dengan teliti cerita beliau. Saya membuat keputusan untuk tidak memutuskan apa2 keputusan kerana saya perlu mendengar daripada pihak satu lagi terlebih dahulu. (Ini kerana dalam prinsip kehakiman Islam, hakim hendaklah mendengar dari kedua pihak sebelum membuat keputusan). Apapun, saya mencadangkan kepada Cik A untuk bertemu sendiri dengan pegawai tersebut untuk mendapatkan penjelasan mengenai markah yang beliau perolehi.


Selepas itu, saya memanggil pegawai yang berkenaan, Cik B berjumpa dengan saya dan setelah mendengar cerita Cik B, saya juga mencadangkan Cik B bertemu dengan Cik A untuk menyelesaikan isu ini. Cik B berkata dia mendengar orang berkata mengenai Cik A yang menyebarkan cerita mengenai keburukan Cik B.


Pada pandangan saya, isu ini amat mudah untuk diselesaikan sekiranya kedua-dua pihak, Cik A dan Cik B bersemuka dan berbincang. Di dalam Islam, proses penyelesaian dengan bantuan orang tengah ini dinamakan sulh atau dalam kes2 keluarga dinamakan hakam. (Insyaallah saya akan ceritakan dalam entri lain kelak). Dalam kes ini, Cik A dan Cik B tidak pernah berbincang mengenai isu ini dan hanya mendengar daripada orang lain, yang menyampaikan fakta2 sensasi dan mungkin ditokok-tambah mengenai Cik A dan Cik B. Lebih teruk, bila Cik A dan Cik B bertelagah, si penyampai @ pengumpat tidak mengaku menyampaikan fakta2 tersebut.

Berikut adalah berapa kesimpulan dan pesanan saya yang dapat saya rumuskan hasil daripada perbincangan dengan kedua pihak:-

1) Isu yang kecil akan menjadi besar apabila disensasikan. Contohnya, cerita2 yang ditulis oleh wartawan hiburan. Sampai bercerai-berai artis2 kita.

2) Konflik, walau besar mana dan dahsyat mana sekalipun, boleh diselesaikan dengan mudah apabila pihak yang bertikai bersetuju untuk bersemuka dan berunding. Contohnya, seranganIsrael ke atas Palestin, hanya berhenti setelah Israel bersetuju untuk berunding.


3) Kesan menyampaikan perkara-perkara negatif/ fitnah/mengumpat mengenai seseorang memberi kesan buruk ke atas reputasi seseorang, merosakkan hubungan persaudaraan dan berdosa. Rasulullah saw bersabda; "Awaslah daripada mengumpat kerana dosanya lebih besar dari berzina". Ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

4) Jangan mengumpat! Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Rasulullah SAW bersabda; "Dan sesungguhnya orang yang mengumpat tidak akan diampunkan dosanya melainkan setelah diampun oleh orang yang diumpat"(Riwayat Ibn Abib Dunya dan Ibn Hibban)


5) Jangan dekatkan diri dengan pengumpat2. Sibukkan diri dengan kerja atau ibadah seperti zikir dan istighfar untuk mengelakkan dari aktiviti mengumpat dan bercakap mengenai orang lain.

6) Pahala orang yang mengumpat akan dipindahkan kepada orang yang diumpat. Kalau pahala orang yang mengumpat dah habis, dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepadanya. Inilah golongan orang yang muflis di akhirat nanti.

7) Kita boleh menjadi penyampai, tetapi untuk menyampaikan benda yang baik2 sahaja, seperti pesanan Rasulullah SAW di dalam satu hadis; "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

8) Kepada kedua pihak yang bertikai, mulakan langkah untuk penyelesaian hari ini. Dont wait, or u will regret.


9) Kepada golongan penyampai, if u ever read this, please stop delivering nonsense and saying bad things about people!! I warn you!!


Ingat dosa. Jangan mengumpat. Mudah2an, kita selamat, dunia & akhirat. Aminn..

7 ulasan:

sentosa77 berkata...

erm.. baru baca sekerat, sat lagi sambung baca lagi ..:)

..nOWa.. berkata...

waahh..kisah benar ni.. =)
menyelesaikan masalah dengan cara berbincang itu adalah yang terbaik..tapi ramai org tak memilih cara ni sebab tidak boleh menerima kebenaran..al-maklumlah 'kebenaran itu pahit'..diharap dgn berbincang hati ke hati nanti dapat menjernihkan kembali yg keruh atas semangat persaudaraan..

Leenoh berkata...

Membuat penilaian terhadap prestasi seseorang pegawai memanglah suatu tugas yang sukar hendak dilaksanakan.

Bagi bos yang adil merasai susah hendak melaksanakan keadilan tetapi bagi bos yang tidak adil mereka menganggap ini adalah peluang yang baik dan akan memberikan markah tertinggi kepada orang yang menjadi pilihannya sejak dari awal lagi, bos seperti ini mejadi masalah pula kepada orang bawah.

Saya pernah mengalami situasi ini ketika masih bertugas dahulu. Keputusan Jawankuasa penilaian ( Pengurusan ) telah memihak kepada saya tetapi bos menggunakan kuasanya mengambil keputusan tdak memberikan apa-apa pun kepada saya pada tahun tersebut tetapi pada tahun berikutnya barulah diberikan kepada saya pergerakan melintang. Agaknya beliau tidak mampu lagi untuk memboloskan diri kerana saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakan sejawat pada keseluruhannya. Dalam hal ini saya rugi satu tahun dari segi kekananan perjawatan dan juga perolehan pendapatan.

Perkara ini berlaku kerana adanya pengampu dan bos yang suka diampu, mereka ini kedua-dua pihak mengambil kesempatan atas diri masing-masing.

Menjadi bos memerlukan ketahanan diri dan kebijaksaan, bos yang suka diampu hanya mewujudkan perpecahan di kalangan anak buahnya sendiri. Situasi begini kerja berpasukan gagal dilaksanakan dengan baik.

Wassalam

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

hehe..btul tu..hal yg kecil kt x perlu besarkan kalo blh selesaikan kt selesaikan sndiri

Hunny berkata...

Sis NoWa,

Go Go Chayyok!!Kebenaran hanya akan pasti bila dah bertemu dan berbincang.

Hunny berkata...

Bro Zaidon,

Selamat Membaca!!:)

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Penilaian manusia, memang banyak cacat celanya.Manusia menilai berdasarkan apa yang dilihat secara zahir sahaja (nahnu nahkum bizzawahir), contohnya fizikal dan sikap.Allah menilai melalui ketaqwaan seseorang hamba pada Allah, solatnya khusyuk, rukun2 (iman dan Islam) dijaga, sunnah Rasulullah dilaksana.Lagi banyak amalnya, lagi besar pahalanya, lagi mulia dia di sisi Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan bos atau ketua yang adil dalam membuat penilaian.