Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 5 Januari 2009

Anti Israel 1- Ayuh Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

Salam semua,

Semalam saya terasa seram-sejuk membaca berita mengenai beberapa kemalangan ngeri yang meragut nyawa beberapa orang di beberapa kawasan di tanah air. 10 orang maut kemalangan di Gua Musang, 4 orang maut kemalangan di lebuhraya MRR2, seorang pelajar yang hilang dari rumahnya ditemui mati tersepit di dalam sebuah longkang kerana motosikalnya dipercayai terbabas. Semuanya disebabkan kemalangan yang tidak dijangka. Kaum keluarga menangisi pemergian mangsa-mangsa kemalangan ini. Semua kejadian ini memang tidak dapat dijangka. Ajal dan maut di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui. Tetapi ia tidak sengeri berita mengenai serangan bertalu-talu tentera kuffar Israel terhadap rakyat Palestin.

Kesan kekejaman Yahudi Israel..

Yang pasti, kita tidak dapat mengetahui apa yang bakal berlaku kepada kita. Tetapi kita sudah boleh menjangka apa yang bakal berlaku terhadap negara Islam Palestin. Hari demi hari dibedil, dibom, diserang dengan kereta kebal dan peluru berpandu, pertumpahan darah di mana-mana. Israel menyerang tanpa mengira mangsa. Kanak-kanak, wanita dan warga tua menjadi mangsa. Setakat dilaporkan hari ini, angka kematian warga Palestin mencecah 500 orang!!!Masyaallah!! Melihat kepada angka tersebut, tidak mustahil, serangan Yahudi kali ini mampu melenyapkan etnik Islam di Palestin, sama seperti yang mereka buat sewaktu memerangi umat Islam di Bosnia-Herzegovina.

Kanak-kanak mangsa kekejaman Israel

Lalu, apa yang mampu dibuat oleh kita? Pandang dan lihat saja? Mengutuk keganasan Israel? Mengangkat senjata? Mampukah kita melaungkan jihad bersama-sama sahabat2 kita di sana? Pada pandangan saya yang dhaif ini, sekurang-kurangnya apa yang boleh kita buat dan usahakan, sebagai melaksanakan tanggungjawab sesama Muslim adalah dengan bersama-sama mendoakan semoga saudara-saudara kita di Palestin dilindungi oleh Allah s.w.t. daripada angkara kafir laknatullah!! Allahummansurna almuslimun walmuslimat fi Falestin!! Free them from Kuffar!!! Ameen..

Pembaca juga dialu-alukan untuk menyertai pertandingan mengutuk Israel di dalam laman juraish.blogspot.com. Ada hadiah menarik menanti. Meh! Jumpa di sana!!


Setiap hari Palestin dibedil..

Israel kejam dan zalim!!

Ayuh! Doakan Palestin moga bebas daripada kafir laknatullah!!






3 ulasan:

hasnizam berkata...

Hari-hari aku tengok tv pasal Palestine, hari-hari jugak aku teringin sangat nak pakai Gundam nak musnahkan Israel.

Tanpa Nama berkata...

Kita boycott jer barang2 US dan Israel. Lumpuh nanti ekonomi dia.

MOHAMED berkata...

cubaan