Petang tadi, semasa saya dan seorang kakitangan saya menikmati makan malam di sebuah restoran, seorang pakcik dalam lingkungan umur 60-an menyapa kami dan meminta izin untuk duduk di kerusi kosong di hadapan kami. Saya mempelawa beliau untuk makan bersama tetapi beliau menolak. Mulutnya tak berhenti-henti bercerita mengenai kisah hidupnya.
Dalam masa setengah jam, macam-macam cerita mengenai wanita yang diceritakan oleh Pakcik Kasim kepada kami berdua. Bermula dengan cerita kehancuran hatinya kerana ditinggal kekasih (cinta pertama beliau), beliau bercerita mengenai kerbau yang turut menangisi pemergiannya ke Semenanjung (he’s from Sarawak, actually a Chinese blood, but adopted, converted and raised by a Muslim family). Pakcik Kasim mengatakan bahawa telah berpindah ke Sabah untuk menjauhkan diri daripada bekas kekasihnya. Beliau juga mengatakan bahawa beliau baik dengan Datuk Siti Nurhaliza (even though hard for me to believe it, I just lend my ears) dan mengatakan Datuk Siti memang seorang yang baik, dan selalu memberi beliau duit poket. Menurut Pakcik Kasim lagi, telah 15 tahun beliau meninggalkan Sarawak dan belum pernah pulang lagi kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan kekasih pertamanya. Pakcik Kasim turut menyatakan ada juga wanita-wanita yang menggodanya, walaupun usianya telah lanjut. Beliau turut menyatakan bahawa beliau pernah berkahwin, tetapi tidak kekal dan telah bercerai, kerana bekas isteri beliau jatuh cinta kepada lelaki lain. Beliau turut mendakwa mempunyai ilmu untuk menjadikan seseorang suami ‘tertutup hati’ kepada wanita lain sesudah berkahwin. Pakcik Kasim juga mengatakan bahawa walau secantik mana seseorang wanita itu, tetapi tidak berguna jika hati si lelaki tidak terbuka untuk menerimanya. Beliau turut menasihati kami supaya hanya setia dengan seorang lelaki sahaja (hehehe.. pakcik setia ker?hahahaha..). Kami meminta diri setelah azan Maghrib berkumandang.
Sepanjang tempoh yang singkat itu, beberapa perkara dapat saya rumuskan hasil pertemuan singkat dengan Pakcik Kasim.
Pertama, manusia memang perlu teman dalam hidup, walau sekadar untuk bercerita. Ini nyata ditulis dalam Al-Quran, bahawa dijadikan manusia berpasang-pasangan dan berkabilah-kabilah untuk bertaaruf dan saling kenal-mengenali. Hawa juga diciptakan untuk menemani Adam a.s.
Kedua, wanita sememangnya mahkluk yang sangat istimewa. Dengan fizikal dan emosinya, ia boleh menawan dan menakluk hati seorang lelaki. Dengan fizikal dan emosinya juga, wanita mampu melemahkan semangat dan menghancurkan hati seorang lelaki, tanpa menggunakan kekuatan fizikal.
Ketiga, manusia mampu untuk bercerita tanpa henti mengenai perkara yang sangat diminatinya tanpa perlu menggunakan teks! Tepuk dada, tanya diri kita, agaknya apa cerita yang kita boleh ceritakan tanpa teks? Maknanya, memang kita minat dengan topik tu.. Hehehe.. Sampai saat ini, saya betul-betul mengagumi seorang Ustaz yang boleh menceritakan mengenai dakwah, perjuangan, hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. tanpa teks. Respect lah Ustaz Amin!!
Keempat, jangan terus percaya dengan cerita yang diceritakan oleh orang yang tidak dikenali asal-usul dan latar–belakangnya. Di dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyatakan apabila datang seorang yang tidak dipercayai membawa sesuatu perkhabaran, hendaklah dipastikan kesahihan khabar yang dibawanya terlebih dahulu. Ini penting untuk mengelakkan daripada tertipu dengan khabar yang dibawa.
Kelima, hidup di dalam jemaah adalah lebih baik daripada hidup bersendirian dan dituntut dalam Islam. Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”. Di dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. bersabda bemaksud: “Orang-orang Islam itu adalah seperti satu bangunan yang kukuh dan saling bersandar antara satu dengan lain”. Banyak lagi ayat Quran dan hadith-hadith yang menggariskan mengenai konsep persaudaraan dalam Islam. Wallahu a’lam.
13 ulasan:
salam ukhuwah,
saya seronok jika dapat meluangkan masa dan dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan orang yang lebih tua yang sudah pasti masak dengan kehidupan. Banyak yang boleh dipelajari dan diambil iktibar. Yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan. Priceless!
Salam Dr Sam,
Betullah tu.Banyak teladan yang boleh dipelajari. Balik rumah cerita dengan teman serumah, they told me to stay away from him, for security reason. Dah ada sempadannya.. Hehehe..
Tq on ur komen.."kalau dah tau salah blh kita bela?"
Nice Q tp i rasa ia hanya soalan layman...bukan legal practitioner.. i advice u baca betul2 artikel i.gunakan legal sense. set aside the feeling "aku lebih tau"....tenang2 dan faham kan baik2..kalaw tak faham jugak nanti i akan post kan artikel khas nanti..
peguamkita.blogspot.com
Saya pernah mengalami situasi yang sama..tapi yang peliknya..selepas bercerita di menyanyi lagu-lagu lama dan sebagainya dikhalayak dan menurut beberapa pihak pakcik tersebut jugak pergi ke bbrp pejabat untuk tanya itu dan ini, kongsi story then nyanyi...
Salam:
Kalau sekali pandang, org tua tu macam x betul,tapi ceritanya mengandungi banyak hikmah dan pertunjuk untuk generasi muda.
Org2 dulu ada berkata "Ikut apa yg di kata, jgn ikut apa yang dia buat."
Allah hu a'lam.
salam..
orang tua mungkin lebih banyak pengalaman hidup. orang istilahkan seperti makan garam dahulu. tapi dalam masa yang sama, kita orang muda tak semestinya menerima apa yang diperkatakan oleh mereka. dengan apa yang disampaikan kita perlu tapis dan nilai dari segi hujah. andai yang disampaikan tidak menyalahi segala apa yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah, kewajaran untuk kita terima..
Wan penang,
Setuju dengan pandangan anta. Cuma kadang2, orang tua ni sensitif, dan mudah terasa, kalau pandangannya ditolak oleh orang muda. Yang penting, hikmah dan toleransi dalam berkomunikasi, serta bertolak ansur menerima pandangan orang lain, untuk menjaga ukhuwah sesama Islam.
Encik Kuntong,
Kita biasanya mencontohi orang yang membuat apa yang dikata. Kerana Islam sendiri mengutuk orang yang tidak melaksanakan apa yang dikata. (Dan celakalah orang yang tidak berbuat apa yang dikatakannya).:)
Mohamed,
Tak menyanyi sama ker dengan pakcik tu? Kan lebih harmoni suara bila bergabung? Hehehehe..
Encik Fadzli,
I wrote my reply on your blog.:)
salam...ada seorang pendengar yang baik..terharu saya membaca kisah yang anda tulis..
Wanita memang diri mereka adalah berkeadaan menggoda,kalau tidak kepada semua lelaki pun tetapi mengena kepada sebahagiannya, walaupun dirinya bukan berniat begitu. Sebab itulah Allah mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat salah satu tujuannya ialah untuk mengurangkan aura godaan tersebut.
Seperti bunga ianya cantik, bunga tidak meminta kita menilai dia cantik tetapi disebabkan dia memang cantik pada pandangan manusia maka semua orang suka kepadanya.Perasaan itu adalah sunnatullah.
Perintah Allah itu sangat adil dan Maha Bijaksana.
Wallahu aklam.
pakcik kassim memang ramai pendengar..ada tips dari salah seorang yang rajin dengar cerita dia "jangan tenung mata dia"..kenapa ya?? takut dari mata turun ke hati, terus ke pejabat kadi! hati2 lah.. =)
Catat Ulasan