Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 22 Januari 2009

Diari 25 - Jodoh..


Salam semua,

Esok petang, seorang teman baik saya akan ke Mekkah menunaikan ibadah umrah. Saya memang suka menghantar saudara-mara atau teman-teman sampai ke KLIA kalau ada masa terluang. Sebabnya, saya akan mengirimkan salam saya pada Rasulullah s.a.w. dan juga doa untuk dibacakan di Tanah Suci Mekah. Selain doa memohon keampunan dan minta dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki, saya tak lupa minta didoakan untuk ketemu jodoh dengan lelaki yang soleh. Acapkali teman-teman sekeliling bertanya bilakah saya mahu mengakhiri zaman bujang. Ada yang menasihatkan saya supaya mengamalkan surah Al-Waqiah dan menunaikan solat Dhuha. Ada juga yang meminta saya mengamalkan solat Hajat dan berdoa setiap solat fardhu, mohon dipermudahkan jodoh. Tak kurang yang sudi berkongsi doa-doa menaikkan seri wajah dengan saya. Alhamdulillah, semuanya saya amalkan.

Pada pertengahan tahun 2007, sewaktu menunaikan ibadah umrah, saban waktu saya isi dengan berdoa di tempat-tempat yang doanya makbul, untuk kehidupan yang lebih baik, rezeki yang halal dan luas, ilmu yang bertambah dan bermanfaat, jodoh yang baik. Alhamdulillah, doa-doa saya untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan DLSA, meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi (Master dan PHD), kesihatan tubuh badan, murah rezeki, dipermudahkan kehidupan, penyelesaian hutang, ketenangan hati, dipanjangkan umur, sentiasa berkasih sayang sesama keluarga, semuanya dimakbulkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Cumanya, terdetik juga di hati, bila agaknya jodoh saya akan tiba? :)

Sekejap tadi saya melayari blog teman blogger saya, leewantan, di http://www.leewantam.com.. Seronok saya membaca tulisan beliau yang berpandangan bahawa menjadi kewajipan ibu bapa untuk mencarikan jodoh untuk anak perempuan mereka, lebih-lebih lagi yang telah sampai ke zon tersebut. Beliau juga berpandangan supaya masyarakat kita yang mengutamakan adat, supaya mengubah adat yang merugikan umat Islam, kerana yang lebih penting adalah membangunkan institusi keluarga yang sangat dituntut oleh Islam, bukan adat resam yang menyekat sosio budaya ummah.

Secara jujurnya, walaupun bersetuju dengan pandangan beliau, saya lebih suka mencari teman hidup saya sendiri, dan tidak bergantung dengan pilihan ibu bapa. Cuma, perasaan malu untuk memulakan perhubungan yang serius, termasuk membuat lamaran terlebih dahulu, masih lagi menebal dalam diri saya, walaupun hati kadangkala kuat berbisik, "I've found my Mr Right". Pernah sekali, atas desakan rakan-rakan yang melihat saya terlalu rapat dengan seorang jejaka, supaya bertanya sendiri kepada jejaka tersebut, sama ada beliau menaruh hati pada saya. Saya mencari waktu yang sesuai untuk bertanya, dan mengumpul keberanian untuk bertanya, how do you feel about me? Jawapannya, in negative. Sebagai wanita Melayu, yang masih tebal dengan perasaan malu , saya memang malu sangat-sangat. Seminggu saya tak jawab panggilan dan tak balas mesej jejaka itu, walaupun sesungguhnya kami terlalu akrab sebelum itu. Tapi , sebagai wanita yang educated dan matang, saya menerima penolakkan tersebut dan memuji tindakan berani saya, kerana beberapa kesan baik yang saya perolehi:


Pertama, saya tidak terus berada di dalam keadaan tertunggu-tunggu dan mengharap balasan cinta dari si dia. Kedua, boleh la fokus orang lain! Hehe.. Ketiga, tak perlu buang masa banyak, go and find other target, baby!

Malu untuk mengakui, hati ini sekali lagi diuji dengan perasaan cinta dan harapan. Pada seorang manusia bergelar lelaki. Hanya yang berbeda, episod cintaku kali ini didasari oleh cinta ku pada ilmu dan perjuangan memartabatkan agama Allah dan Rasulnya, bukan pada paras rupanya, harta atau keturunannya. Tapi pada agamanya.. Ayat-ayatnya tasbih, tahmid, takbir dan selawat Nabi tanda kasih sayang pada Rasulullah. Cuma, saya masih tertanya-tanya, adakah episod yang sama perlu diulang semula dalam bab lain perhubungan saya,? Dalam erti kata yang lain, adakah saya juga yang mesti memulakannya? Adakah cara selain berdoa dan bermunajat yang dapat membantu pencarian jejaka idaman saya? Entah lah..

Mungkin ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan untuk perkara ini. Yang pasti, saya pasti ada hikmah di sebalik semua ini, dan yang pasti, jodohku adalah rahsia Allah. Hanya Dia saja yang tahu..

21 ulasan:

Miss Izah Mohamed berkata...

salam..
ajal maut jdoh pertemuan di tgn tuhan..
tp kite boleh bdoa pdNya utk yg lebih baik kn..
sy pn prefer pilih jodoh sdiri.. sumtimes org ckp pilihan ibubape tu tepat.. tp in certain2 cases je laa kot...

sstgh org ckp jodoh xyah carik sbb dah ditentukan.. tp xsalah kn klu kite mencari..

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.

Rezeki, hayat, maut dan jodoh semuanya ditangan Allah tetapi kita wajib mencari dan berikhtiar untuk mendapatkanNya itu adalah sunnatullah,

Dalam hal ini langkah dan pendekatan Hani adalah sangat baik dan sangat wajar. Elok diteruskan cuma jangan berikhtiar cara yang dilarang oleh Allah.

( Sebelum ini saya memberi ulasan dengan panjang lebar tetapi gagal dan rosak ketika pos komen ).

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Wassalam.

..~..WaN PeNaNG..~.. berkata...

salam..

memang apabila membicarakan tentang jodoh semua adalah ketentuan Ilahi dalam menentukan jodoh seseorang. tapi sebagai manusia, kita diperintahkan agar terus berusaha dan tak hanya tawakal semata2. selepas usaha, doa dan tawakal.

dlm konteks apa yang pernah saudari lakukan, yakni cuba berterus terang juga sebenarnya satu tindakan yang betul. sejarah telah membuktikan, yang mana saiditina khadidah yang melamar Nabi saw. kalu tak mampu, boleh je gunakan orang tengah. besa, seperti kami orang lelaki ni pun tertunggu2 juga sapa la yang nak offer diri. bukan senang orang nak terima diri yg serba kekurangan ni seadanya. tapi kelebihan mgkn lbh sikit pd lelaki yang mna skrg ni lelaki yg single mingle ni minoriti. dalam minoriti ni ramai kat universiti serenti dan sbgnya...;)

....barangkali engkau semua membenci sesuatu, padahal ia adalah lebih baik untukmu semua, juga barangkali engkau semua senang pada sesuatu, padahal ia adalah lebih buruk untukmu semua. Allah adalah Maha Mengetahui, sedangkan engkau semua tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

MiSyaJanah berkata...

sy suka entri kak hani psl jodoh ni...sbb sy pun tgh cari jodoh...tak tau la..dlm erti kata..cari or tunggu jodoh....sbb sy yakin, jodoh sy pasti ada satu ari nnti...
teruskan usaha kak hani..bergaulah dgn insan2 lelaki yang yang layak dijadikan suami...maksud saya, yang sayang kakak sbb Allah.. InsYAllah..Tuhan akan makbulkan jodoh kak utk dpt jodoh yg baik2...
amin....

..nOWa.. berkata...

menemukan jodoh itu umpama satu perjalanan merentasi jambatan cinta..ada orang jambatannya lurus, rata..maka smooth saja perjalanannya dan cepat pula sampai ke destinasi..ada orang jambatannya panjang, bengkok..maka jauh perjalanannya dan lambat pula dia sampai..apa jua keadaannya, dengan kesabaran dan keredhaan terhadap ketentuan Allah, pasti perjalanan itu jadi bermakna..kita selalu meminta daripada Allah..tapi kita selalu tak pasti apakah perkara yang kita minta itu betul2 baik bagi kita ataupun tidak..,maka mohonlah daripada Allah kurniakan 'yang terbaik' buat kita..wallahualam.. =)

KUNTONG berkata...

Sdri Nurhani,

Seperti yg kita semua ketahui, jodoh, rezeki dan maut bahkan segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Tetapi Allah tidak suruh kita duduk diam. Contohnya dalam mencari rezeki, kita mesti berkerja dan berakhtiar untuk mendapatkannya.Dalam jodoh pun begitu jua. Lelaki dan perempuan kena mencari jodoh untuk dirinya. Cuma caranya tidaklah sama seperti orang mencari rezeki. Hanya berbeza dalam pendekatan dan tekniknya. Tak kanlah kita menjerit-jerit di pasar lambak atau di kedai bertanya orangramai siapa yang nak kawin dengan
kita atau aku. Kalau begitu "sewel" namanya.

Percayalah andaikata sdri bertemu dgn jejaka yang memang Allah telah tentukan untuk sdri, nescaya Allah akan permudahkan segala urusannya. Sekiranya itu bukan jodoh sdri, maka Allah akan menghalangnya dengan mengadakan seribu alasan walaupun Sdri amat berminat, amat mencintainya waima ianya "Mr Perfect " sekalipun.

Teruslah berdoa, dan saya doakan agar sdri bertemu jodoh dengan lelaki yang Salleh, yg mempunyai ciri-ciri lelaki idaman sdri. AMIN YA RABBAL ALAMIN>

Shah Jehan berkata...

Oan Nurhani... topik yang amat relevan dan selamanya abstrak. Tiada hard and fast rules. Bila naluri berbisik, itulah masanya. Al Quran dan Sunnah jelas menggariskan beberapa panduan dalam soal jodoh. Saya setuju dengan pandangan bahawa bagi anak gadis, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencari jodohnya. Kalau nak harap anak gadis yang mencari sendiri, 90% berlawanan dengan lumrah alam dan mungkin boleh mendatangkan bahaya pada gadis itu. Berlawanan lumrah alam-nature dictates that it is the man that makes the first move in a romantic relationship. When he does, he feels a sense of accomplishment and this is very important to him. If this nature is reversed, the result might not be favourable to the girl. I guess the exception is as in the case of Prophet Muhammad and Siti Khadijah. But remember, Khadijah was a previously married lady and she had used an intermediary.

Bahaya- Pandangan mata kita yang tertunggu tunggu dan penuh mengharap mungkin dikaburi benda-benda. Mungkin kita tak berfikir dengan otak tetapi sebaliknya dengan hati.

I guess usaha kita kena serampang 2 mata. On our own, kita bergaul dengan seramai manusia yang mungkin. Bersahabat. At the same time, we seek assistance from family and friends to recommend calon-calon. Dah baca buku "He is not that into you"? US point of view on man-woman relationship. Panduan tambahan. All the best my dear Oan Nurhani :)

Hunny berkata...

Izah,

Insyaallah, saya akan teruskan pencarian :) hehehe..

Hunny berkata...

Mr Leenoh, Thanx for the advise and support. It's all about your entry..:)

Hunny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hunny berkata...

To Cek Wan,

Boleh jadi orang tengah? hehehehe..

Betullah, kadang2 kita rasa benda tu kita tak suka, tapi sebenarnya beri kebaikan pada kita. Syok gak single mingle ni, komitmen pada masyarakat lebih luas, kerana kebiasaannya wanita yang dah berkahwin, pergerakan lebih terbatas, kerana sibuk dengan keluarga.

Rupa2nya, orang lelaki pun kadang2 tertunggu2 kaum wanita melamar juga, ye cek wan? Hehehe.. jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang..

Satu lagi, kalau ramai lelaki tak masuk universiti serenti, tentu lebih banyak pilihan kami:)hehehe.. tapi, orang lelaki, jangan la ambil kesempatan pulak yer..

Hunny berkata...

Misya,

Meh join d group!It's hunting season.. Hehehehe..

Hunny berkata...

To Nowa,

Agaknya, jambatan jodoh saya bengkok, dan berliku2 dan berlumpur.jodoh saya plak naik unta, jadi memang lambatlah.. Orang lain naik ferrari n skyline, jambatan plak kat highway. Tu yang cepat..:)

To Kuntong,

Kelakar baca komen u, walaupun saya setuju benar. Anyway, mungkin perlu juga dibahaskan dalam mana-mana seminar atau dibuat kajian terperinci, method terbaik untuk mencari jodoh, dalam konteks Islam.. Bukan through iklan atau lelongan awam, memang 'sewel' namanya..:)

To Sis Jehan,

Your opinion is the best. Rujuk guidance dari Quran dan Sunnah. Seperti hadis Rasulullah s.a.w., Kau tak akan sesat selama-lamanya, jika kau mengikuti dan merujuk kepada Quran and Sunnahku. Pasal buku panduan tu,since its a US point of view on man-woman relationship, additional reading je lah. All the best to u too:)

DrSam berkata...

salam,

Jodoh pertemuan, ajal maut itu ketentuan Ilahi. bersabar. Saya doakan agar diketemukan dengan pasangan idaman dan penantian itu akan berakhir segera.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

Moga kamu mendapat jodh yang sempurna...iALLAH

Hunny berkata...

To Dr Sam,

Tq for the support:)AMEENNN..

Hunny berkata...

To mardhatillah (Fatahiyah)

Aminnnnn..:)

Tanpa Nama berkata...

salam. kak wani, saya terjumpa kak dalam laman web darul syifa.ada doa disana.mana tau boleh kita gunakan. jodoh tu ada, cuma kita tak tahu lambat atau cepat.

Hunny berkata...

Tanpa Nama,

Terima kasih atas keprihatinan anda. Moga dibalas dengan ganjaran yang baik oleh Allah swt:)

Ustaz Amin berkata...

aik semacam aje entri kali ini, walau apa pun, insyaAllah, akan sampai juga, dah tiga masjid dah doakan dah ni.

tingkatkan akhlak, tingkaakan ilmu, tingkatka iman. Orang yang baik akan bertemu orang yang baik jua.

Hunny berkata...

Aminnn ya Ustaz..:)