Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 26 Januari 2009

Diari 28 - Gerhana Matahari 2009


Salam semua,

Sewaktu saya menulis entri ini, hari ini, 26 Januari 2009, gerhana matahari sedang berlaku yang dapat disaksikan dengan jelas di beberapa wilayah di Indonesia. Bermula dari jam 3.30 petang tadi, gerhana tersebut dapat disaksikan selama beberapa jam, sehingga waktu maghrib. Gerhana ini turut dikenali sebagai GMC atau Gerhana Matahari Cincin, yang mana kita akan dapat melihat bentuk matahari seperti cincin, kerana dihalang oleh bulan yang berada di tengah.
Kedudukan matahari, bulan dan bumi semasa gerhana matahari dan bulan.

Ulama telah bersepakat bahawa adalah disunatkan bagi umat Islam yang berlaku gerhana di kawasan mereka untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari. Antara hikmah mendirikan solat gerhana ini adalah bagi mengingatkan golongan yang menyembah matahari dan bulan bahawa Allah swt lebih berkuasa dan matahari dan bulan juga adalah makhluk yang tunduk kepada kekuasaan Allah.

Ini adalah merujuk kepada satu hadis,di mana Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya matahari dan rembulan adalah dua tanda-tanda kekuasaan Allah, maka apablia kalian melihat gerhana, maka berdo'alah kepada Allah, lalu solatlah sehingga hilang dari kalian gelap, dan bersedekahlah".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

1) Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

2) Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

3) Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.


Untuk keterangan lanjut, boleh lah check out mana-mana web or blog yang details out mengenai solat sunat gerhana. Saya tak reti nak buat link. Tak habis belajar lagi memblog. Hehehe. Masa dah time. Nak ready for solat. Moh la kita solat juga, walaupun tak disunatkan pada kita, sebab gerhana berlaku di Indonesia, tapi kita berkongsi matahari yang sama :) Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hambaNya yang selalu bersyukur dan membesarkanNYA. Aminn..

7 ulasan:

Jojo berkata...

Assalamualaikum...

Terima kasih sebab memperingatkan tentang solat gerhana. Tapi ruginya saya hari ini sebab tak sempat bersolat gerhana. Bukan apa tak tahu pula yang hari ni ada gerhana matahari.

Sungguh besar kuasa Allah. Terjadi segala-galanya atas arahan-Nya. Ada hikmah disebalik segala yang berlaku, harus kita mencari sebabnya kerna itu adalah ilmu Allah. Tuntutlah ilmu itu sehingga ke liang lahat.

Islam itu Universal sampaikan sekecil-kecil perkara ada dalam Islam. Maka berutung dan bershukurlah kita dilahirkan dalam Islam. Tapi bagaimana mereka yang lain?

Dakwah kita amat penting tak kira dalam pelbagai cara. Moga usaha saudari mendapat rahmat dari Allah. Teruskan perjuangan mu.

ikhlas dariku

Manusia dan Islam

KUNTONG berkata...

Sdri,
Satu informasi yg sangat berguna, kita jarang-jarang sembahyang gerhana matahari/bulan, kerana gerhana matahari/bulan jarang jarang berlaku. Kita patut tahu mengenaainya.

Syabash sdri.

Hunny berkata...

Salam saudara Rizal,

Tak mengapa tak bersolat gerhana, kerana ia cuma sunat sahaja. yang penting yang fardhu kita tak tinggal:). Saya dapat makluman, tahun ni 2 kali akan berlaku gerhana, tapi tak sure betul tak. Bolehlah solat gerhana, kalau diizinkan time tu. Anyway, tq for your comments. Insyaallah, sama-sama lah kita berjuang, untuk menyebarkan info2 Islam, selagi hayat dikandung badan, selagi matahari masih terbit di timur.:)Islam memang indah.

Hunny berkata...

Saudara Kuntong,

Memangnya disebabkan gerhana jarang berlaku, solat sunat gerhana ni sering dilupakan, tak terkecuali saya sendiri. Saya memang maklum berlaku gerhana keranaa beberapa pegawai atasan di pejabat saya juga turun ke Indonesia untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Seorang sahabat baik saya yang sering berjemaah di masjid Negeri Selangor menghantar sms selepas Zohor menjemput untuk solat gerhana berjemaah di masjid negeri. Kesimpulannya, memang manusia ini kena selalu diingatkan, dan mengingatkan,kerana manusia itu sifatnya pelupa termasuklah saya:)Inilah tanggungjawab sebenar seorang Muslim, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.Insyaallah, mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang selalu menyampaikan pesanan Islam kepada sahabat2 dan Muslim yang lain.

Hunny berkata...

To Pak Karamu,

Thanx for visiting. Saya telah membalas kunjungan di blogmu.Sila mampir lagi:)

Leenoh berkata...

Hani,
Dulu kalau berlaku gerhana matahari atau bulan macam kepercayaan karut diamalkan, orang dulu mengetahui banyak perkara pasal kepercayaan karut ini tetapi tidak tahu pasal suruhan Islam mengenainya.

Alhamdulillah, entri Hani memberi info yang tepat dan dapat menggantikan atau menghapuskan kepercayaan karut yang telah diamalkan sekian lama.

Kalau ada masa lapang Hani sisipkan Undang-undang Hudud dan Qisas di dalam mana-mana entri yang akan datang. Pak Ngah yakin ramai yang akan ikuti dan berterima kasih kepada Hani.

Wassalam

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Insyaallah. Bersemangat saya untuk menulis bila dapat komen2 membina daripada Pak Ngah, rakan2 blogger dan pembaca. Insyaallah, akan ku terus menulis tika hayat masih ada, khususnya mengenai Islam dan undang-undang.Mudah2an dipermudahkan dan diberi ilham oleh Allah.