Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 27 Januari 2009

Diari 29 - Selamat Pulang & Berhati-hati di jalanraya

Salam semua,

Ini hari kedua rakyat berbangsa Cina di Malaysia menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2009. Yang bestnya negara kita ni, yang raya diorang, tapi satu Malaysia cuti. Dua hari plak tu!. Hehehe.. Sebab cuti lama, lebih kurang 3-4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa) ramai yang pulang ke kampung, sampai jem jalan-jalan utama Sabtu lepas. Alhamdulillah perjalanan ke kampung saya hanya mengambil masa satu jam saja untuk sampai dari tempat saya bermastautin, dan banyak jalan alternatif boleh digunakan. Ramai juga yang sambung cuti, sampai hujung minggu ni. Yang tak sambung cuti, termasuk saya, terpaksalah pulang semula ke habitat masing2.

Beberapa pesanan saya, kepada semua pemandu kereta, khususnya yang akan memandu untuk jarak jauh:-

1.Pastikan kenderaan anda selamat dan sedia untuk menempuh perjalanan. Jangan bawa barangan terlebih muatan. Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

2. Pakai talipinggang keledar (depan dan belakang, kalau ada penumpang di belakang).



3. Membaca doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan untuk memohon keselamatan sepanjang perjalanan. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah Ayat 187 maksudnya:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran."

Doa menaiki kenderaan:

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya” “Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali”

(Az-Zukhruf : 13-14)


Di dalam Sunan Abi Daud, dinyatakan bahawa ketika hendak naik kenderaan disunatkan membaca Bismillah (Dengan Nama Allah)(1x).

Ketika berada di atas kenderaan disunatkan membaca:
الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala Puji bagi Allah). Kemudian barulah membaca doa tadi, disusuli dengan membaca":3x الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala puji bagi Allah) dan الله أَكْبَرْ 3x (Allah Maha Besar). Kemudian dibaca doa berikut:-


سُبْحَانَكَ إنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ، فَاغْفِرْلِي ، إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah daku, sesungguhnya hanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa”

Sohih (Sohih Sunan Abi Daud 3/941)


4. Berhati2 ketika memandu. Tengok kiri dan kanan semasa melintas. Nak memotong boleh, tapi berhati2. Jangan lupa, berhenti semasa lampu isyarat merah.

5. Kalau letih /mengantuk, berhenti dan singgah minum kopi sat atau berehat seketika. Digalakkan untuk berhenti di R & R, kerana lebih ramai orang dan lebih selamat dari berhenti di tepi highway.

5. Yang paling penting, rancang perjalanan anda. Anda lebih tahu waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Jangan disangka jalanraya yang tenang tidak ada lembu atau haiwan lain melintas!! Kalau di kawasan kampung, memang biasa kanak-kanak bermain-main di tepi jalanraya.

I am promoting this road safety awareness, sebagai usaha untuk mengelakkan kemalangan yang tidak dijangka, dan mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa, kerana menjaga nyawa, adalah kewajipan semua umat Islam, sebagai salah satu daripada 5 perkara asas/ dharuriyyat yang wajib dijaga oleh umat Islam (Agama, Nyawa, Keturunan, Aqal dan Harta,). Insyaallah. Mudah-mudahan pesanan ringkas ini dapat memberi kebaikan kepada semua yang membaca.


12 ulasan:

DrSam berkata...

salam,

tip yang bagus. teruskan peringatan yang bermunafaat begini.

Hunny berkata...

Dr Sam,

Tq for the comment.Mudahan2 dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di negara.

Jojo berkata...

Asalamualaikum...

Selamat pergi dan selamat kembali...Syukur selamat balik ekk..

Simple je ayat tukan tapi kalau kita fikir dalam-dalam penuh maknanya. Difilemkan atas dunia apabila kita kesesuatu tempat jauh atau dekat mengharapkan perjalanan itu selamat.

Maka filem itu tiada la epilog, monolog, apatah lagi klimaxnyakan.

Dalam sibuk bercuti..tiba-tiba terharu mendengar berita ramai yang pergi tak kembali...

maka lengkaplah filem-filem mereka diatas dunia ini.

Walaupun jauh terkeluar dari entri cerita cik Nurhani Salwa...tetapi inilah sebenar pejalanan hidup kita yang sebenar.

Apabila kita datang ke dunia yang pembohong ini dengan membawa 1 janji adakah kita akan pulang kembali dengan memegang dan menjaga amanah janji yang kita bawa itu?

Moga-moga kita semua "SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA-NYA."

PS:- yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Hati kita yang menilainya. thks for your comment.

sentosa77 berkata...

Salam.. Cik Salwa ape kabo, moga sihat selalu, kita follow blog dia boleh ya : ), ermm.. nak bagi komen sebenornya segan ni, temgok orng lain bagi komen ayat semua 'skema' je..bestla baca entry yng sebelum ni yng tntg jodoh tu.. bukan ape , Cik Salwa bertuah dapt berdoa ditempat2 yng memang makbul doanya bila kita berdoa..saya tak sampai lagi kesana.. satu lagi tntg baca surah Aal-Waqiah..baru saya tahu.. : ) ok.. maaf kalo ade silap bahasa, ada kelapangan singgah sat kat blog saya.. : )

KUNTONG berkata...

Salam.
Mudah-mudahan semua pemandu di Malaysia ni selamat ke destinasi.

Aaaminnn.

..nOWa.. berkata...

terima kasih atas tips berguna ni..kalau boleh praktikkanlah selalu walaupun bukan di musim perayaan..
ps- kak hani pulak jgn segan2 pakai sit belt okay..=)..anda mampu mengubahnya..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

heheh tq..sesuai untuk semua..tmbh2 bg mereka yg sellau blik kg..hani selalu x blik kg?

Hunny berkata...

Saudara Rizal,

Mudah2an kita pergi tak kembali dengan penuh ketenangan dan keampunan Allah. Masanya akan tiba juga. Mudah2an kita bersedia.. Amin.

Hunny berkata...

Saudara Zaidon,

Salam ukhuwah. Tq for following my blog. I follow uuu too..(iklan digi):)

Hunny berkata...

Saudara kuntong,

Amin. Saya dah selamat sampai. terima kasih atas doa tu:)

Hunny berkata...

Nowa,

Jarak jauh, saya pakai seat belt. Gi ofis jer tak, sebab dekat sangat.. 1.1km. hehehe..Anyway, tq for the advice. Anda mampu mengubahnya juga..:)

Hunny berkata...

Fatahiyah,

Saya selalu balik kg, setiap ujung minggu. Sementara mak dan abah masih ada, saya jenguk selalu. Dulu, sebab ada kelas hari Sabtu, jarang balik. Sekarang every week balik, coz kelas dah habis..Weekend, is hari keluarga.. :)