Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 30 Januari 2009

Diari - Detik 12 Malam (Part 2)...

Salam semua,

Tiba-tiba, tengah-tengah malam ni, rasa nak layan blues dengan mengarang puisi. Layan jerlah!! Sapa-sapa nak bagi komen, silakan:)

Demi Mendapat RedhaMu..


Terasa cepat masa berlalu
Serasa semalam baru menyambut hari lahirku
Mindaku termangu-mangu
Apa yang sudah ku bantu
Untuk anak bangsa dan agamaku?


Sentiasa ku pasak niat dan hajat
Sebarkan Islam sehebat-hebat
Buat kebajikan semasa sempat
Sebelum mata tertutup rapat...
Namun masa semakin singkat
Minda semakin tersekat
Tubuh semakin kurang kuat
Apa agaknya yang mampu ku buat?


Lalu ku berjanji Tuhan
Selagi hayat dikandung badan
Selagi ilmu ada sebagai bekalan
Selagi ilham masih diberi Tuhan
Aku akan teruskan
Meninggalkan pesanan-pesanan
Yang bermanfaat untuk masa depan
Walau manusia bermati-matian
Menolakku dan berkata 'JANGAN!!'
Namun ku sedar tanggungjawabku Ya Rahman!
Seru dan sebarkan Islam
Birruh aw biddam! (dengan roh atau darah)



Ya Allah Ya Rabbi
Tetapkanlah aku di jalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari kesesatan yang Kau murkai
Mudah-mudahan perjalanan hidupku diberkati
Sebelum saat bertemuMu Ilahi..



Sesungguhnya aku benar-benar tahu
Bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku,
Hanyalah untukMu..
Sesungguhnya aku jua tahu
Bahawa hidupku, sebelum matiku,
Hanya untuk menyembahMu
Hanya untuk mengamal Sunnah NabiMu
Demi mencari dan mendapat redhaMu...

Layakkah aku?
Untuk SyurgaMu
Untuk mengecapi nikmatMu
Hanyasanya Kau Yang Maha Tahu...

Doaku selalu
Moga Kau ampuni aku
Moga aku sentiasa dalam kasih sayangMu..
Moga aku taat mengerjakan suruhanMu
Moga aku kuat menjauhi laranganMu
Moga aku terus menyebarkan agamaMu
Moga redhaMu dan RahmatMu
Menjadi milikku..

Aminn..


Nukilan : Hani

30 Januari 2009
12:51 a.m.

Amacam? Any comments?

9 ulasan:

DrSam berkata...

salam,

cantik nukilan tersebut dengan prosa-prosa yang indah.

Leenoh berkata...

Pak Ngah tidak pandai berpuisi.
Hanya mencuba melayan diri.
Jika bunga berjenama wangi.
Sebarkan harumannya seluruh negeri.

Harumannya telah dikenal pasti.
Berasal dari syurga abadi.
Kediaman kekal orang Islami.
hidup cara yang diredai.

Langkah anda menepati pesanan.
Walau seayat dalam simpanan.
Kepada ummah perlu disampaikan.
InsyaAllah di sana ada ganjaran.

Apa guna ramai teman.
Kalau hidup tanpa peranan.
Biar manusia kenal Tuhan.
Supaya hidup menjadi aman.

Sampai di sini puisi ditangguhkan.
Datang hanya memberi sokongan.
Agar tertunai semua harapan.
Bertemu lagi masa hadapan.

..nOWa.. berkata...

puisi indah yang digarap melalui hati,penuh maksud tersendiri, ditulis dengan pena kudus jari jemari,dengan harapan bait-bait itu dapat diselami, dijiwai dan diluah dengan pekerti suci..(cheeewaaahh!!)

Hunny berkata...

Dr Sam,

Thanx for the comments:)

Hunny berkata...

Wah Pak Ngah!

Ada klassss!!!:)

Hunny berkata...

Sis NoWa,

Cheewahh!! Cayalah! Syok jugak berpuisi ni ek?Hehehe.. Pusi, puisi gak. Pesanan pada diri sendiri, janji2 manis, jangan lupa buat.. Heheheh

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

salm hani..

amien..moga doa jt di perkenankkan

Hunny berkata...

Yup Fatahiyah,
Tqvm:)
By the way, u business through website Busana2u ker?Menarik.. Boleh la kongsikan..:)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

aah..my 1st business..jgn lupa promote kt kawan2 heheeh..blh berforum kt busana2u.dtgla erk,then kalo ad rtikel yg menarik jgn lupa masukkan la kt dlm busana2u..ye..almaklumla msih baru perlukan sokongn dr sahabat2 semua.