Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 25 Januari 2009

Renung Sejenak 10 - Perhimpunan Ulama @ Fatwa

Salam semua,

Satu berita yang saya baca pada hari ini di suratkhabar Kosmo dan Berita Harian iaitu mengenai perhimpunan seramai 700 ulama di Indonesia menarik minat saya. Perhimpunan tersebut dijangka akan membahaskan beberapa isu termasuk sama ada orang islam boleh merokok, dan amalan yoga, yang baru2 ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Malaysia.

Pada pendapat saya, perhimpunan dan perbincangan mengenai hukum-hukum sesuatu perkara yang berlaku perlu sentiasa dianjurkan dan digalakkan, khususnya di kalangan cendekiawan dan ulamak Islam. Ini kerana, banyak perkara-perkara dan isu-isu terkini yang memerlukan kepada pandangan ulamak untuk menentukan hukum ke atas perkara tersebut dalam zaman serba moden ini. Ini untuk mengelakkan umat Islam mengamalkan atau menghukumkan sesuatu dengan hukum yang salah dan bertentangan dengan kehendak Islam.



Di dalam konteks penentuan Hukum dalam Islam, terdapat satu cabang ilmu Islam yang menceritakan mengenai kaedah-kaedah yang digunapakai oleh ulama-ulama Islam untuk menentukan Hukum bagi sesuatu isu, iaitu ilmu Usul Fiqh. Insyaallah, kalau ada kelapangan, akan saya jelaskan sedikit sebanyak mengenai kepentingan ilmu ini kepada pihak berkuasa agama dan pembuat dasar.


Dalam entri ini, saya hanya ingin berkongsi pandangan mengenai isu rokok. Pada saya, memang wajar untuk rokok ini diharamkan, sama ada jual belinya atau tindakan merokok itu sendiri. Ini kerana, pertamanya, merokok memang tidak ada manfaat. Ini adalah pembaziran. Jual beli barangan yang tidak bermanfaat dan membazir dilarang dalam Islam.


Keduanya, merokok boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan perokok. Ini adalah satu kemudharatan yang dilarang oleh Islam. Tidak pernah saya dengar merokok boleh memberi kesan positif terhadap perokok. Ketiganya, asap rokok juga mengganggu orang lain, dan menyebabkan rasa kurang selesa. Ini merupakan satu kacauganggu (walau bukan dalam bentuk yang ekstrem) terhadap orang di sekeliling. Bukankah tanggungjawab sesama Muslim itu menjaga hak Muslim yang lain?

Saya kira, ketiga-tiga alasan saya sudah cukup untuk tidak mengharuskan orang Islam merokok, melainkan ada sahabat2 yang berpandangan sebaliknya, bolehlah dikongsikan di sini, sementara menunggu keputusan Muzakarah Ulama Indonesia.:)

Kepada sahabat2 yang merokok, ini hanya pendapat peribadi saya. Harap tidak ada yang berkecil hati:) Kepada ulamak dan mujtahid, bukan isu ini saja yang perlu dibahaskan. Banyak lagi isu global yang memerlukan fatwa dan ijtihad. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat Allah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dimana penguat kuasaan fatwa yg dah di buat. undanag patut di ketatkan lagi. sekurang kurang nya semua premis atau kotak mesti tulis rokok haram. setuju tak ?

Mustafa Şenalp berkata...

Çok güzel site.:)

Hunny berkata...

To tanpa nama,

Setuju dengan pandangan tu, tapi setakat ni tak ada fatwa Malaysia yang betul2 kata rokok haram. Ada pun fatwa Selangor, yang kata merokok diharamkan di kawasan masjid. Mengenai penguatkuasaan, kerajaan perlu keluarkan arahan kepada pengeluar rokok. Perlu tetapkan masa mohon lesen untuk jual rokok.

Hunny berkata...

To Mr Mustafa Senalp,

Tq for visiting my blog. Do come again:)

Tanpa Nama berkata...

ustazah. perlu ke fatwa seluruh malaysia. kalu selangor dah kata haram, kenapa tak kuat kuasa di selangor? ana rasa lemah sangat lah mais/jais nih. masa ni kan PR memerintah cari lah peluang ..kot yang kat jais/mais pun 2x5.

Hunny berkata...

Salam tanpa nama,

Isu rokok ni bukan isu satu state ajer. Satu dunia. State jurisdiction ni limited. Kalau kuatkuasakan di Selangor sahaja, tapi negeri lain tak, contohnya, ada yang merokok di masjid Jalan Duta WP, tak guna juga. Tak ada tindakan boleh diambil terhadap perokok.Itulah pentingnya penyeragaman undang-undang.

Mengenai penguatkuasaan fatwa di Selangor, kena baca betul2 statement saya awal tadi. Pengharaman bukan terhadap rokok per se, tetapi aktiviti merokok di kawasan masjid. Seingat saya, tindakan penguatkuasaan sudah dibuat dengan mendirikan papan tanda peringatan di sekitar masjid-masjid tertentu.Sekiranya arahan dilanggar, tindakan undang-undang kerana melanggar fatwa akan diambil.

Mengenai JAIS/MAIS lemah, saya kira, kalau semua orang bersifat baling batu sembunyi tangan, tak bersifat nak membantu, tetapi mengecam tanpa usul periksa, memanglah mana-mana badan Islam pun akan lemah. Tak ada perpaduan.Macam Tanpa Nama,kalau betul nak tegakkan Islam, kenalah bantu, kurang2 pun declarelah nama, nampaklah anta berani dan benar orangnya, boleh kita sit down dan bincang sama-sama, macam mana cara terbaik nak laksanakan tindakan.:)Yang pastinya, JAIS dan MAIS bergerak atas had kuasa yang diberi,yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Mengenai parti pemerintah, ana malas nak komen,sebab kadang2 orang yang kita harap tikam juga kita dari belakang. Ini berdasarkan pengalaman ana sendiri. Pada ana, sebaiknya isu agama ini tidak dipolitikkan, barulah Islam betul2 terlaksana, walaupun hakikatnya, pemimpin Islam memang memainkan peranan penting untuk sama-sama membangunkan Islam. Saya juga yakin, JAIS ke, MAIS, atau mana-mana badan Islam yang lain sentiasa berusaha untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang islam (tetapi terhad kepada Had Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dan fatwa) secara keseluruhan, mengikut bidang kuasa masing-masing. Jom Tanpa Nama! Meh sama2 berpadu tenaga, untuk merealisasikan cita2 murni ini:)

..nOWa.. berkata...

kak hani dekat foyer bawah ada diletakkan fatwa haram merokok tu..sefaham saya ia menyatakan 'merokok adalah haram' tak ada pula di katakan di mana..pls correct me if i'm wrong..tq

Hunny berkata...

Nowa,

TQ for the info. Boleh check dengan jabatan mufti selangor untuk pengesahan. But, what i understand is that larangan untuk merokok di kawasan masjid. Mengenai signboard kat foyer bangunan MAIS dan JAIS ni, baguslah! Tindakan ini lebih baik, tak terhad di kawasan masjid sahaja. Itu membuktikan JAIS dan MAIS ada beri peringatan kepada perokok2. Tanpa Nama ajer yang tak tau :)