Hari ini, DYMM Sultan Selangor berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Jalan Kota Raja, Klang. Dulu, saya pernah belajar di sekolah ini. Pada waktu itu, sekolah ini terletak di Kg Jawa Klang, tetapi dipindahkan ke Jalan Kota Raja sekitar tahun 2002. Pernah saya menulis satu entri berkenaan sekolah lama saya ini, sewaktu saya menyertai bengkel peraturan yang dibuat di sekolah ini pada tahun 2009. Alhamdulillah, hari ini, terpahat sejarah baru untuk sekolah ini, apabila dirasmikan pembukaan nama barunya oleh Tuanku Sultan sendiri. Dulu, namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamudin, Kg Jawa Klang. Setelah berpindah, namanya bertukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamudin,Jalan Kota Raja Klang sahaja. Kini, nama yang dirasmikan adalah Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamudin, Jalan Kota Raja, Klang. Antara lain, titah DYMM Tuanku semasa perasmian adalah seperti berikut:-
Beta amat gembira kerana pada pagi yang berbahagia ini Beta berpeluang merasmikan sebuah Sekolah Menengah Agama Tinggi yang telah menzahirkan hasrat dan menjunjung cita-cita nenda Beta iaitu Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor yang ke tujuh, yang mahukan pendidikan agama Islam diperkembangkan dan institusi pengajian tinggi Islam ditubuhkan bagi keperluan pendidikan masyarakat Islam di negara ini. Beta percaya sekolah ini akan mengeluarkan pelajar-pelajar aliran agama Islam yang berdedikasi dan berhemah tinggi bagi memartabatkan lagi agama Islam dan Beta juga percaya pelajar-pelajar lepasan sekolah ini kelak akan memenuhi permintaan Institusi Pengajian Tinggi Islam yang terdapat di negara ini.
Beta percaya, melalui pendidikan Islam yang kukuh, ianya akan mampu melahirkan generasi Islam yang teguh aqidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya. Mereka inilah nanti yang akan memimpin dan membentuk sebuah masyarakat yang beridentitikan Islam. Masyarakat sebeginilah yang akan dapat memajukan Negeri Selangor, bukan sekadar maju pada nilai materialnya tetapi juga maju dari segi rohani dan jasmani serta nilai kemanusiaannya.
Akhirnya, Beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada JAIS yang terus menjayakan usaha meningkatkan kualiti Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Beta akan terus menyokong segala usaha menjadikan Selangor sebagai model pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia. Sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini, Beta mengharapkan agar Agama Islam dipelihara dan dipertingkatkan dari segi dasar dan pelaksanaan. Beta berkenan untuk melihat Islam menjadi amalan bagi masyarakat Islam di negeri ini. Ini sesuai dengan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Beta percaya ianya bermula dengan pendidikan yang dilaksanakan di semua sekolah di bawah seliaan JAIS.
Beliau turut bertitah mengenai penyalahgunaan masjid-masjid sebagai gelanggang politik dan mengharapkan masjid tidak disalahgunakan.
Alhamdulillah.. walaupun saya tiada bersama sewaktu perasmian tersebut ( saya ada menerima kad jemputan, tetapi tak dapat hadir) namun, jauh di sudut hati, saya tetap berbangga menjadi sebahagian daripada pelajar sekolah tersebut. Banyak kenangan indah yang saya lakar sewaktu menuntut ilmu di sana. Belajar dan mendapatkan ilmu daripada ustaz dan ustazah yang kebanyakannya lepasan Al-Azhar, (SRP, SRA dan SPM) berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan, mempelajari banyak benda baru untuk pertama kalinya dalam hidup (belajar main pingpong, join kadet bomba, belajar berkawad, kawad senyap, persembahan pentas, nasyid, dikir barat, lakonan, pentomin, main kompang, etc. Hish ! Banyak sangat kenangan tu!)
Insyaallah, ilmu yang saya dapat, saya akan cuba amalkan hingga ke akhir hayat saya.Terima kasih pada guru-guru yang mengajarkan saya ilmu dengan ikhlas, hingga saya boleh berada di tempat saya sekarang, untuk berkhidmat semula kepada cucunda DYMM Sultan Hisamuddin yang mengasaskan sekolah ini.
"Kenangan Terindah"
Nurhani
Shah ALam
6 ulasan:
kenangan itu adalah sungguh mahal...
Ibnu maulub,
You are rite.. tak boleh dinilai dengan wang ringgit, tak leh dijual beli... too preciuos.. ;P
tempat jatuh lagi dikenang. Alhamdulillah, semoga lebih ramai lagi para ilmuan dan cerdik pandai yang mempunyai ilmu agama dapat dihasilkan dimasa akan datang dari sekolah tersebut.
Salam Dr Sam,
Betullah tu.. semoga sekolah tersebut setaraf dengan universiti Azhar yang banyak melahirkan ulamak Islam yang tersohor..
Salam Hani.
Berjasa betul sekolah ini kepada Hani...
Jangan tanya jasa sekolah kepada anda tetapi tanyalah apa jasa anda kepada sekolah anda.
...he3.
Salam Pak Ngah,
Hurmmmm.. rasa macam tak ada apa2.. :) tapi tak kisahlah!
Catat Ulasan